Previu Pusingan Akhir Playoff Selangor Champions League 2018: BU Eagles vs KRU

BU Eagles FC

3 kemenangan berturut-turut dan 16 gol di kumpulan E, tak keterlaluan untuk mengatakan BU Eagles FC berada satu kelas di atas 3 lagi pasukan dalam kumpulan mereka.

BU Eagles memulakan kempen playoff SCL2018 mereka dengan menewaskan Waris Malaya FC 5-3. Seminggu kemudian mereka menumbangkan cabaran GTB 4-1 sebelum melengkapkan 3 kemenangan berturut-turut mereka dengan kemenangan dominan 7-0 ke atas Gamsu FC.

Dominasi BU Eagles sangat jelas sehinggakan semasa perlawanan menentang Gamsu FC, pemain-pemain mereka berhenti meraikan jaringan semasa gol kedua lagi.

Dibarisi oleh pemain-pemain dan staf pengurusan yang biasanya dilihat di bawah nama Level Up FC, BU Eagles boleh dikatakan mempunyai pengalaman luas dalam kejohanan Selangor Champions League.

Ketika edisi 2017 pengurus mereka, P. Ganesan pernah membawa pemain-pemainnya (ketika bersaing di bawah nama Level Up FC) sehingga ke peringkat separuh akhir SCL2017 – satu pencapaian yang menakjubkan bagi sebuah pasukan yang kalah 3 perlawanan pertama kumpulan mereka.

Sekali pandang, pemain-pemain mereka mungkin nampak biasa-biasa sahaja. Tetapi jangan sesekali buat kesilapan memandang rendah mereka. Kesefahaman yang pemain-pemain BU Eagles bina sejak mereka bermain di Akademi Bolasepak Royal Selangor ketika kecil membolehkan mereka untuk menumbangkan satu demi satu pasukan gergasi yang berada di laluan mereka.

Pemain-pemain BU Eagles mempunyai pengalaman beraksi dalam Selangor Champions League, hingga mara ke separuh akhir edisi 2017.

Sharran Raj dan Indera Sukma adalah nama wajib P. Ganesan di barisan pertahanan. Ketenangan Aritz Zainal di posisi defensive midfielder membolehkan barisan penyerang BU Eagles seperti Matthew Devaraj, Tan J. Shawn dan Gaith Jaafa fokus kepada tugas merobek pertahanan lawan.

Pada Sabtu ini, pengalaman pemain-pemain BU Eagles yang sudah masak dengan asam-garam Selangor Champions League bakal diuji oleh KRU yang teruja untuk menulis sejarah baru kelab mereka.

KRU FC

KRU, atau Kampung Raja Uda, mungkin sudah terkenal dalam arena bola sepak komuniti terutamanya di kawasan mereka, Klang. Tetapi di peringkat Selangor, mereka masih belum mengukir nama. Tetapi segalanya itu mungkin berubah pada tahun ini jika mereka berjaya menewaskan BU Eagles pada hari Sabtu ini.

Berdasarkan persiapan KRU pada tahun ini, ternyata pasukan yang diuruskan oleh Kamal Arifin ini sudah mula mengambil serius saingan Selangor Champions League. Pasukan mereka pada musim ini diperkuatkan dengan beberapa pemain dari FAS Super League dan tidak lupa, dari PIB FC – naib juara SCL2017.

Kualiti pemain-pemain KRU FC membuktikan pasukan Klang ini serius mahu memberikan cabaran dalam Selangor Champions League 2018.

Pemain-pemain seperti Fikry Tukiman dan Ibnu Hisham bertanggungjawab membawa PIB hingga ke pentas final pada tahun lepas. Batharul Zaman mungkin belum sempat beraksi lagi untuk KRU dalam playoff kali ini, tetapi pengalaman dan skil kepimpinan beliau amatlah diperlukan jika KRU mahu menewaskan BU Eagles pada Sabtu ini.

Di hadapan, Muhd Huzaini sudah pun menggegar 2 gol dalam perlawanan terakhir kumpulan F menentang Arslan yang sukar. Jika KRU memerlukan pengalaman dari pemain senior untuk menjaringkan gol, Rosedy Muslim boleh datang membantu.

Bakal menentang lawan yang berpengalaman seperti BU Eagles, KRU memerlukan pemain-pemain berpengalaman mereka untuk memberi komitmen jika mereka serius mahu memperbaiki pencapaian mereka ketika bersaing dalam SCL2016.

Kredit gambar: Semua gambar adalah daripada asiana.my

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN