Previu Piala Malaysia 2017: Barisan Muda Sarawak Berkunjung Ke ‘Fortress’ JDT

Kami kongsikan 5 perkara tumpuan menjelang perlawanan JDT vs Sarawak Piala Malaysia yang berlangsung pada 4 Julai 2017.

1. Pertarungan di tengah

Kelibat dua maestro baru Milos (Sarawak) dan Natxo Insa (JDT). Bakal mendapat perhatian dalam perlawanan nanti, kedua-dua pemain ini mempunyai ‘skillset’ tersendiri dengan hantaran menarik dan kawalan bola yang bagus.

Mereka juga serta boleh mengancam pintu gol lawan masing-masing dengan percubaan di dalam zon 14.

Kedua-dua pemain ini diberikan komen yang positif dalam perlawanan sebelum ini terutama sekali Natxo Insa.

2. Ghaddiator vs Roskam

Jika JDT tampil garang dengan penyerang import berbisa meraka iaitu Mohamed Ghaddar yang sudah pun menemui sentuhan gol beliau.

Sarawak pula meletakkan harapan kepada Mateo (Andy Carroll Sarawak) yang tenang untuk mengucar kacirkan pertahan lawan. Roskam menjadi antara pemain paling konsisten musim ini.

Photo by Hazmin Hussin / www.asiana.my

3. Barisan serba bintang vs barisan muda Sarawak

Barisan pemain bintang JDT vs Barisan pemain muda Sarawak. JDT pada amnya amat di geruni dengan falsafah taktikal moden, dengan formasi 433, 4231.

Namun Sarawak juga sedang giat memperkuatkan DNA pasukan dengan asimilasi pemain muda dan sering tampil dengan tacktikal lebih defensif di awal perlawanan.

Adakah barisan muda Sarawak ini cukup besar jiwa mereka untuk melakukan kejutan?

4. JDT pasukan pilihan

Secara tersuratnya, JDT memang pasukan pilihan dalam perlawanan ini. JDT kini gah di persada liga, pastinya tidak akan memberi ruang buat pasukan Sarawak.

Manakala Sarawak akan berusaha memberikan aksi menghiburkan pada perlawanan malam ini. Sarawak bakal turun dengan kesebelasan terkuat untuk menentang JDT.

5. Morais vs David Usup

Ketua Jurulatih pasukan masing-masing mempunyai misi berbeza namun kedua-duanya tetap optimis dengan pasukan kendalian masing-masing.

JDT tampil dengan jurulatih baru yang bakal membawa idea dan taktikal baru kepada pasukan manakala Ketua Jurulatih Sarawak yang sebelum ini di kritik hebat oleh peminat ekoran aksi yang lemah pada awal musim, sudah menemui ramuan untuk membawa kejayaan kepada pasukan.

Sebelum wisel

Adakah Stadium Larkin akan penuh malam ini? Kita semua tahu, Johor adalah ibarat rumah kedua untuk pasukan bola sepak Sarawak selepas Kuching.

Di Harap, kedua-dua pasukan dapat memberikan persembahan yang menarik pada perlawanan malam ini.

Nota editor: Previu perlawanan ini adalah hasil penulisan Iedjan Az dari Oohhaa Updates. Ikuti facebook beliau untuk lebih kemaskini bola sepak Sarawak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN