Previu Piala Malaysia 2019: Selangor & FELDA United Buka Saingan Kumpulan D

Persaingan kumpulan D bagi Piala Malaysia 2019 bakal dimulakan di Shah Alam pada malam ini apabila Selangor bertemu FELDA United.

Pertemuan ini bakal melengkapkan siri pertemuan kedua-dua pasukan apabila mereka bertemu sesama sendiri dalam semua kejohanan utama negara musim ini.

Untuk rekod, Selangor dan FELDA United sudah bertemu dalam saingan Liga Super dan Shopee Piala FA musim ini.

Wajah berbeza

Sepanjang musim berlangsung, Selangor terutamanya mempunyai wajah yan berbeza ketika awal dan penghujung musim.

Di peringkat awal, Selangor masih lagi dalam proses penyesuaian diri antara pemain dibawah kendalian B. Sathianathan telah bertemu FELDA United dalam saingan liga dan piala.

Hasilnya tidak begitu baik, mereka seri dalam perlawanan liga yang merupakan aksi pembukaan serta kalah dalam saingan piala – kedua-duanya di laman sendiri.

Memasuki penghujung saingan liga, Selangor sudah menjadi sebuah pasukan yang stabil dengan mereka berjaya menewaskan pasukan yang sama di Jengka.

Sementara bagi FELDA United, kedudukan akhir mereka dalam liga yang jauh berbanding Selangor bukanlah petunjuk jelas mengenai tahap kompetitif perlawanan ini antara kedua-dua pasukan.

Hadin Azman meraikan jaringan penyamaan ketika bertemu Selangor di Stadium Shah Alam.

FELDA United pada musim ini telah menjadi salah sebuah pasukan dari zon bawahan liga yang amat sukar ditewaskan oleh Selangor.

Hal ini kerana, pasukan dari Jengka ini berjaya mendapatkan 1 seri dan 1 menang dari 3 pertemuan.

Dan dalam kekalahan yang dihadapi FELDA United di Jengka itu, mereka cuma tewas tipis 1-2 sahaja.

Pemain tumpuan

Sejak kemasukan beliau dipertengahan musim, Ifedayo Olesegun telah menjadi pemain harapan penyokong Selangor dalam mencari kemenangan.

Beliau yang menjadi penjaring terbanyak Selangor dalam saingan liga musim ini sekali lagi akan dijadikan sebagai ancaman bahaya untuk menewaskan Norazlan Razali dipintu gol.

FELDA United akan sekali lagi mencari inspirasi daripada Hadin Azman yang merupakan pemain terbaik mereka musim ini.

Dalam aksi bertemu Selangor musim ini, Hadin sudah beberapa kali menjadi pemain yang memberikan 1001 masalah kepada mereka dengan larian-larian berbahaya dari sebelah sayap.

Sebelum sepak mula

Seperti yang diceritakan dalam previu kumpulan D yang dihasilkan oleh kami sebelum ini, Selangor dianggap sebagai pasukan pilihan untuk mara jauh dalam saingain Piala Malaysia.

Mereka dianggap calon terbaik untuk menjuarai kumpulan D dan tidak hairan dengan status sebagai pasukan utama negara, tekanan dan permintaan dari penyokong untuk beraksi cemerlang adalah tinggi.

Jadi keputusan positif di Shah Alam malam ini pastinya didambakan oleh para penyokong Selangor terutamanya selepas pasukan ini gagal menang ke atas FELDA United di laman sendiri musim ini.

Bagi FELDA United pula, mereka tidak diberikan tekanan tinggi untuk mara jauh dalam kejohanan ini.

Akan tetapi, harus waspada dengan ancaman pasukan ini yang mampu menjerat pasukan pilihan tanpa sedar.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN