Previu MSL2019: Aksi Klasik Menanti Penyokong Selangor & Perak Di Shah Alam

Info perlawanan

  • Selangor lawan Perak
  • Stadium Shah Alam
  • 12 April 2019
  • 9 malam

Perlawanan tumpuan pada minggu ini merupakan aksi klasik melibatkan pasukan Selangor dengan Perak yang diadakan di Stadium Shah Alam.

Dua musuh tradisi ini mempunyai prestasi yang cukup berbeza dalam saingan liga buat masa ini.

Selangor berada dalam prestasi yang boleh dikatakan fasa pemulihan selepas permulaan kurang baik di awal musim.

Mereka masih lagi membara selepas berjaya membawa pulang 3 mata dalam aksi penuh drama menentang Melaka United di Hang Jebat tempoh hari.

Kemenangan yang diperoleh pada minit akhir perlawanan itu pastinya melonjakkan moral pasukan dengan Amri Yahyah dan Sean Selvaraj jelas tajam di pintu gol tempoh hari.

Buat Perak pula, mereka terus gagal untuk mencipta semula prestasi cemerlang mereka pada musim lalu.

Kegagalan mereka mendapatkan kemenangan kedua selepas hanya menang sekali dan seri 5 kali terus menggusarkan Mehmed Durakovic.

Gelaran pasukan pakar seri terus diberikan kepada pasukan Perak selepas mereka hanya mampu berjaya mengikat PKNS FC di Ipoh tempoh hari.

Penurunan prestasi serta masalah di bahagian serangan Perak ini jelas menggusarkan penyokong. Maka tidak hairan, ianya telah membuatkan jumlah kehadiran penyokong di Stadium Perak menurun.

Pemain tumpuan

Untuk aksi klasik ini, beberapa pemain boleh dilihat sebagai tumpuan utama.

Untuk pihak Selangor, Faiz Nasir merupakan nama yang jelas bakal memberikan kesukaran kepada pasukan Perak.

Beliau mungkin tidak mempunyai aksi yang cemerlang di Hang Jebat, namun kelincahan beliau akan pastinya ditagih untuk menggerakan pergerakan Selangor dalam usaha memecah pertahanan Perak.

Satu lagi nama yang boleh dilihat sebagai pemain tumpuan malam esok ialah Sean Selvaraj.

Beliau mungkin tidak akan bermula sebagai kesebelasan utama malam ini, tetapi Sean boleh menghasilkan impak apabila masuk sebagai pemain gantian.

Impak diberikan ketika perlawanan menentang Melaka United jelas membuktikan beliau merupakan pemain yang tajam ketika menerima bola di udara.

Hasilnya, dua gol terhasil oleh beliau menerusi tandukan tempoh hari.

Bagi pasukan Perak, kecemerlangan Wander Luiz bakal ditagih untuk menghasilkan gol buat mereka.

Pemain yang mempunyai kelebihan untuk menghasilkan killer pass ini pastinya merupakan tunjang kreativiti Perak di atas padang.

Luiz sudah mencatatkan 3 bantuan gol untuk pasukan Perak dalam 2 perlawanan terakhir. Jelas sekali, beliau merupakan pemain terbaik Perak ketika ini di bahagian hadapan.

Perlawanan malam ini juga bakal menyaksikan bagaimana Shahrel Fikri akan berfungsi untuk memberi gangguan kepada pertahanan Selangor.

Penyerang negara ini mula diberikan kepercayaan oleh Durakovic untuk mengetuai barisan serangan Perak. Oleh itu, bisa beliau pastinya menjadi ancaman kepada Selangor malam ini.

Sebelum sepak mula

Perlawanan yang cukup klasik melibatkan 2 pasukan utama negara ini pastinya akan menarik perhatian setiap yang mempunyai hubungan dengannya.

Dengan prestasi yang semakin baik, Stadium Shah Alam pasti akan dipenuhi penyokong Selangor walaupun aksi dimainkan pada Jumaat.

Dan bagi Perak, penyokong mereka di Lembah Klang pasti akan turun beramai-ramai untuk memberikan sokongan. Untuk rekod, mereka tidak gagal untuk memberikan kehadiran yang baik setiap kali bermain di Shah Alam.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN