Previu MSL 2019: PKNS FC & Terengganu FC Mahu Tamatkan Prestasi Buruk Mereka

Info perlawanan

  • PKNS FC lawan Terengganu FC
  • 5 Julai 2019
  • Stadium Shah Alam, Shah Alam

Saingan Liga Super Malaysia 2019 (MSL 2019) mungkin sudah mempunyai juaranya, tetapi bahagian pertengahan liga masih lagi terdapat urusan yang belum selesai.

Di Stadium Shah Alam minggu ini, PKNS FC dan Terengganu FC akan bertemu untuk mencari 3 mata.

Prestasi buruk

Kedua-dua pasukan ini mempunyai masalah prestasi yang menyebabkan mereka tidak dapat bersaing untuk menduduki kedudukan yang lebih tinggi dalam liga.

PKNS FC misalnya kini hanya mengutip 20 mata sahaja dalam 18 perlawanan dan kini menduduki tangga kelapan liga.

Malah dalam 5 perlawanan terakhir, mereka hanya mengutip 4 mata sahaja daripada kemungkinan 15 mata yang pasukan itu mampu dapatkan.

Sementara bagi Terengganu FC pula, mereka yang kini ditangga ketujuh liga mengutip 24 mata.

Rekod 5 perlawanan terakhir mereka sedikit elok berbanding PKNS FC, mereka berjaya mengutip 8 mata daripada 5 perlawanan terakhir liga.

Namun apa yang menjadikan situasi kedua-dua pasukan ini lebih sukar kerana mereka mempunyai rekod yang tidak baik.

PKNS FC hanya menang sekali sahaja dalam 5 perlawanan di tempat sendiri dan ianya membuatkan pasukan itu sungguh goyah walaupun di laman sendiri.

Sementara Terengganu FC pula mengalami kesukaran bermain di tempat lawan. Untuk rekod, mereka telah tidak menang dalam 5 perlawanan terakhir ketika bertandang ke gelanggang lain.

Pemain tumpuan

Walaupun PKNS FC mengalami masa yang cukup sukar ketika ini, namun beban itu sedikit sebanyak disenangkan oleh kehadiran Kpah Sherman yang sering menjaringkan gol untuk mereka.

Beliau sudah mempunyai 12 gol pada musim ini, dan setiap minggu Sherman terus menunjukkan yang dirinya cukup penting buat skuad kendalian K. Rajagobal untuk mengharungi musim ini.

Sementara bagi Terengganu FC, harapan diletakkan kepada Lee Tuck untuk menjana serangan dari bahagian tengah pasukan.

Lee Tuck
Lee Tuck

Beliau yang membantu Terengganu FC memperoleh 3 mata ketika menentang Kuala Lumpur tempoh hari.

Pengaruh Tuck di bahagian tengah cukup penting buat buat Terengganu FC, jadi pastinya beliau akan diharapkan dapat memacu serangan untuk pasukan itu di Stadium Shah Alam malam ini.

Sebelum sepak mula

Kedua-dua pasukan jelas amat memerlukan 3 mata malam ini untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik dalam liga.

PKNS FC lebih terdedah kepada bahaya untuk jatuh ke kelompok bawahan kerana mereka kini terikat dengan PJ City dari segi pungutan mata.

Sementara Terengganu FC boleh menaiki ke kedudukan yang lebih andai berjaya memintas Melaka United dan juga Perak.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN