Previu MSL 2019: PKNS FC Mahu Ubati Kekecewaan, Perak Perlu Lebih Konsisten

Saingan Liga Super Malaysia 2019 sudah memasuki pusingan kedua apabila Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) akan menanti kunjungan Perak di Stadium Shah Alam, malam ini.

Aksi pusingan pertama di Ipoh menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 hasil jaringan Gabriel Guerra dan Romel Oswaldo Morales buat PKNS FC manakala gol Perak pula disumbangkan oleh Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi dan Gilmar Jose Da Silva Filho.

Kedudukan Liga Super 2019

Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu kini berada di tangga ke-5 selepas mencatatkan empat kemenangan, tiga keputusan seri dan empat kekalahan selepas 11 perlawanan untuk mengumpul 15 mata.

Manakala Perak pula ketinggalan dua mata di belakang PKNS FC untuk berada di tangga ke-8 dengan 13 mata setelah menang dua perlawanan, tujuh keputusan seri dan dua kekalahan.

Kekalahan yang dialami Perak adalah pada pertemuan menentang dua pasukan teratas liga iaitu Johor Darul Ta’zim dan Pahang dengan keputusan 1-0.

Kpah Sherman & Wander Luiz Bitencourt Junior

Sekiranya melihatkan kepada aksi Kpah Sherman di Ipoh pada 7 April lalu, beliau sememangnya merupakan ancaman terbesar buat Perak walaupun tidak berjaya menjaringkan gol.

Kpah Sherman

Sentiasa menghadirkan bahaya buat Perak apabila mengawal bola, Sherman juga bijak membuka ruang buat rakan sepasukannya untuk menjaringkan gol.

Ia terbukti apabila kedua-dua jaringan dihasilkan PKNS FC di Ipoh berpunca daripada hantaran menarik dilakukan Sherman.

Wander Luiz Bitencourt Junior

Wander Luiz Bintencourt Junior juga semakin menunjukkan peningkatan aksi walaupun sebelum ini persembahannya dikritik hebat peminat Perak.

Beliau mampu untuk melakukan hantaran yang cukup berkualiti sekaligus membuka ruang buat rakan sepasukannya.

Rekod pertemuan (2 tahun terakhir)

Liga Super 2017

Perak 0-3 PKNS FC (Stadium Shah Alam)
Perak 2-0 PKNS FC (Stadium Perak)

Liga Super 2018

Perak 0-2 PKNS FC (Stadium TLDM)
Perak 1-4 PKNS FC (Stadium Shah Alam)

Suku Akhir Piala FA 2018

Perak 1-2 PKNS FC (Stadium Shah Alam)
Perak 2-2 PKNS FC (Stadium Perak)

Suku Akhir Piala Malaysia 2018

Perak 0-0 PKNS FC (Stadium Perak)
Perak 2-0 PKNS FC (Stadium Shah Alam)

Liga Super 2019

Perak 2-2 PKNS FC (Stadium Perak)

Ramalan Semuanya BOLA

PKNS FC yang tumbang 1-3 ditangan Kedah dalam saingan Shopee Piala FA 2019 tempoh hari sudah pasti mahu kembali bangkit mengubati kekecewaan tersebut.

Mempunyai rekod yang lebih baik di gelanggang sendiri sejak dua tahun ini ketika menentang Perak memberikan gambaran jelas bahawa pasukan tuan rumah akan tampil gagah pada perlawanan malam ini.

Prestasi turun naik Perak ketika ini serta persembahan Gilmar Jose Da Silva yang tidak menentu nyata membuatkan peluang mereka untuk meraih kemenangan kelihatan sedikit sukar.

Namun, ia cuma tanggapan dan ramalan di atas kertas, segalanya akan terungkai pada malam ini di Stadium Shah Alam. Pasukan mana yang menjadi pilihan anda?

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun. Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Kredit foto: PKNS FC & Perak TBG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN