Previu MSL 2019: Pahang Punya Peluang Sahkan Tempat Kedua Menentang Terengganu

Info perlawanan

  • Terengganu lawan Pahang
  • Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
  • 12 Julai 2019
  • 9.00 malam

Aksi tumpuan Liga Super Malaysia (MSL 2019) malam ini akan terarah di Kuala Terengganu melibatkan aksi Terengganu menentang Pahang.

Pertemuan ini cukup signifikan buat kedua-dua pasukan, bukan sekadar kerana ianya pertembungan 2 pasukan dari Pantai Timur.

Bahkan, ia turut melibatkan prestasi semasa kedua-dua pasukan.

Terengganu mempunyai rekod yang baik ketika beraksi di laman sendiri ketika ini.

Mereka hanya tewas sekali sahaja dalam 5 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan dengan keputusan terkini adalah seri 2-2 menentang Kedah.

Prestasi Terengganu di laman sendiri tidak boleh dipandang rendah, hal ini boleh dilihat menerusi semangat juang tinggi mereka ketika cuba mendapatkan 1 mata menentang Kedah.

Bagi Pahang pula, isu prestasi di gelanggang lawan akan menjadi perkara utama yang perlu diatasi oleh mereka.

Mereka telah tewas dalam 6 perlawanan di laman lawan dalam semua pertandingan ketika ini. Paling diingati apabila tumbang di tangan Perak dalam separuh akhir 2 Shopee Piala FA.

Namun begitu, motivasi pemain Pahang pada malam ini pastinya memuncak kerana ganjaran yang akan diperoleh pasukan itu sekiranya menang adalah besar.

Sekiranya menang, Pahang akan mengesahkan status sebagai naib johan Liga Super tidak kira apa jua keputusan yang diterima oleh pencabar terdekat – Melaka United.

Pemain tumpuan

Malam ini, tumpuan boleh ditumpukan kepada pemain tengah Terengganu iaitu Sanjar Shaakmedov.

Pemain tengah itu cukup berbahaya jika dibiarkan bergerak bebas mengawal bahagian tengah padang.

Hasilnya dapat dilihat pada perlawanan menentang Kedah apabila pemain itu berjaya menjaringkan gol dari jarak jauh menerusi satu rembatan padu.

Gandingan beliau bersama-sama Lee Tuck pada malam ini pastinya mampu untuk merencana sesuatu bagi Terengganu.

Sementara bagi pasukan Pahang pula, Herold Goulon merupakan ancaman bahaya pasukan Terengganu.

Walaupun beraksi di bahagian pertahanan, namun begitu beliau cukup tajam di hadapan gol ketika ini.

Beliau merupakan salah seorang penjaring gol pasukan Pahang dalam kemenangan mereka menentang PKNS FC tempoh hari.

Sedikit sebanyak, ia dapat mengubat kerisauan ketumpulan jentera serangan Pahang ketika ini yang tidak begitu berkesan.

Sebelum sepak mula

Perlawanan pada malam ini bukan sekadar untuk mencari siapakah jaguh di Pantai Timur, namun ianya adalah perlawanan untuk melihat prestasi semasa kedua-dua pasukan.

Terengganu mempunyai rekod baik di laman sendiri sementara Pahang pula mempunyai rekod yang buruk di laman lawan.

Pastinya menarik untuk saksikan bagaimana perlawanan ini akan dilangsungkan oleh kedua-dua pasukan.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN