Previu MSL 2019: Pahang Jadi Halangan Kuala Lumpur Dalam Misi Kekal Liga Super

Info perlawanan

  • Pahang lawan Kuala Lumpur
  • Stadium Darul Makmur, Kuantan
  • 6 Julai 2019
  • 9.00 malam

Pahang turun ke laman sendiri dalam misi untuk menjarakkan mata dari Kedah yang sudah bermain semalam.

Keciciran mata selepas seri 1-1 bersama pasukan PKNP FC di Alor Star jelas membuka peluang kepada Pahang untuk melebarkan jurang mata dengan Kedah dalam misi mendapatkan tangga kedua.

Dalam satu kisah lain yang berbeza, Kuala Lumpur pula begitu mengharapkan mereka mampu mendapatkan sesuatu dari perlawanan ini.

Bersaing bersama-sama PKNP FC dan FELDA United dalam pertarungan mengelak dari terjatuh ke Liga Premier musim hadapan, Kuala Lumpur sedar mereka perlukan usaha 200% hadapi Pahang.

Kuala Lumpur, PJ City
FOTO: MSL

Hal ini kerana mereka bermain dengan salah sebuah pasukan terkuat musim ini dalam saingan liga di laman lawan.

Selain itu, mereka turut sedar yang PKNP FC sudah berjaya mencuri 1 mata daripada pasukan Kedah semalam.

Jadi mereka perlu melakukan perkara yang sama atau lebih baik untuk memastikan mereka tidak terus tenggelam dalam misi untuk kekal di Liga Super.

Pemain tumpuan

Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu adalah ketika perlawanan pembukaan liga di Cheras dengan Pahang menang dengan jaringan 3-1.

Ketika itu, penyokong Pahang dipersembahkan dengan persembahan yang cukup mantap dari Dickson Nwakaeme yang kembali ke kancah bola sepak Malaysia.

Foto: MFL

Beliau menyumbangkan 2 gol dalam perlawanan itu dan termasuklah satu gol solo yang cukup menarik pada malam tersebut.

Dalam aksi di Kuantan ini, Nwakaeme mempunya peluang yang sama untuk sekali lagi memperdayakan pertahanan Kuala Lumpur yang mudah dibocori sepanjang musim ini.

Bagi Kuala Lumpur pula, sandaran akan diletakkan pada bahu Guilherme De Paula sekali lagi.

Beliau yang jelas merupakan aset terpenting pasukan Kuala Lumpur, jadi bisa beliau perlu ditagih dalam usaha untuk memberikan saingan kepada Pahang.

Sebelum sepak mula

Dengan kejuaraan liga sudah pun ditentukan, tumpuan perlawanan ini lebih terarah kepada bagaimana usaha Kuala Lumpur untuk mencuri mata untuk kekal di Liga Super.

Tugas yang mereka hadapi cukup sukar kerana berdepan pasukan Pahang yang cukup baik dari segi rekod liga dan pencapaian mereka di saingan Shopee Piala FA.

Bagi Pahang, memperoleh kedudukan kedua adalah satu sagu hati yang baik buat mereka selepas gagal mencabar Johor Darul Ta’zim dalam saingan liga.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN