Previu MSL 2019: Misi Wajib Menang ‘Skuad Yob’, PJ City FC Enggan Tunduk Mengalah

Perak bakal meneruskan misi memburu kemenangan sulung dalam kempen unifi Liga Super Malaysia 2019 apabila menanti kunjungan Petaling Jaya City (PJ City FC) di Stadium Perak, Ipoh.

Skuad bimbingan Mehmed Durakovic itu sekadar mencatatkan tiga keputusan seri dan satu kekalahan pada empat aksi terakhir untuk menghuni tangga ke-9 liga dengan mengumpul tiga mata.

Lawan mereka pada malam ini pula hanya satu anak tangga dihadapan dengan kelebihan satu mata.

Perlu pertajam sentuhan penyudah

Hanya 3 jaringan daripada empat perlawanan bukanlah satu angka yang mampu membuatkan Mehmed ‘tidur lena’ dengan perkembangan tersebut.

Sekiranya melihat kepada aksi yang ditampilkan Perak, terdapat deretan peluang yang dijelmakan pada satu-satu perlawanan terutamanya ketika beraksi di laman sendiri.

Namun, ia gagal disempurnakan dengan baik barisan serangan yang diketuai pemain import dari Brazil, Gilmar Jose Da Silva Filho.

Gilmar yang merupakan ‘target man’ bagi pasukan Perak juga sekadar menjaringkan satu gol menerusi sepakan penalti pada pertemuan menentang Felda United di Ipoh tempoh hari.

PJ City perlu kukuhkan jentera pertahanan

Pasukan yang mendapat bimbingan K. Devan itu juga berdepan nasib seperti Perak apabila jentera serangan yang gagal memberikan sumbangan begitu berkesan.

Ia terbukti pada perlawanan minggu lalu bertemu Felda United apabila hampir lapan peluang yang dimiliki gagal diterjemahkan kepada jaringan.

Dalam pada itu, jentera pertahanan PJ City FC juga dilihat sedikit rapuh apabila mereka telah dibolosi lapan jaringan setakat ini.

Dengan Perak yang sememangnya begitu bernafsu mencipta serangan di gelanggang sendiri, ia sedikit sebanyak dapat memberikan masalah buat PJ City FC pada perlawanan malam ini.

Firdaus Saiyadi & Safee Sali

Kualiti yang dimiliki pemain sayap lincah Perak ini sekali lagi membuatkan penulis untuk mengatakan beliau akan terus menjadi pemain yang akan mencuri tumpuan.

Firdaus dilihat begitu yakin mengawal bola serta kadangkala mampu juga untuk melepasi kawalan pertahanan lawan menerusi gerakan yang mempesonakan.

Kredibiliti yang dimiliki beliau membuatkan pengendali skuad negara, Tan Cheng Ho menyenaraikannya bagi menyertai latihan pusat skuad kebangsaan.

Firdaus Saiyadi dan Shahrul Mohd Saad ketika sesi latihan pasukan di Stadium Perak, Ipoh (Foto: Perak TBG)

Bagi kem PJ City FC pula, komitmen tinggi Safee Sali tidak perlu dipertikaikan dan mampu menjadi nilai tambah buat kekuatan kelab tersebut.

Seandainya barisan pertahanan Perak memandang mudah kehadiran Safee, ia bakal mendatangkan bahaya buat pasukan tuan rumah itu.

Safee Sali melepaskan rembatan kearah pintu gol Kedah pada pertemuan unifi Liga Super Malaysia 2019 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Taktikal pasukan

Seperti kebiasaan, Mehmed Durakovic dilihat akan mempraktikkan formasi 4-2-3-1 dengan meletakkan Gilmar selaku selaku pemain sasaran di bahagian depan.

Gilmar bakal dibantu Wander Luiz Bitencourt Junior, Nor Hakim Hassan dan Firdaus Saiyadi bagi mencipta umpanan serta lorongan menarik buat Gilmar.

Shahrul Mohd Saad dan Zac Anderson sudah pasti akan terus mengemudi jentera pertahanan Perak yang dibolosi tiga jaringan, dua daripadanya menerusi sepakan percuma yang terus menerjah gawang dan sepakan penalti.

K. Devan pula akan menggunakan formasi 3-5-2 dengan Safee Safee dijangka akan terus bergandingan bersama Pedro Henrique di bahagian depan.

Bantuan yang efisien daripada rakan sepasukan di jentera tengah seperti S. Veenod, Barathkumar dan Bae Beom-Geun sememangnya diperlukan dalam usaha kedua-dua penyerang merobek gawang Perak.

Rekod dan statistik

Perak (K-S-S-S)

  • Kalah 0-1 v JDT (A)
  • Seri 1-1 v Kedah (H)
  • Seri 1-1 v Felda United (H)
  • Seri 1-1 v Terengganu FC (A)

PJ City FC (K-S-M-K-K)

  • Kalah 1-3 v Melaka United (A)
  • Seri 1-1 v Selangor (H)
  • Menang 3-2 v PKNP FC (A)
  • Kalah 0-2 v Kedah (H)
  • Kalah 0-1 v Felda United (A)

Ramalan Semuanya BOLA

Kehadiran semula ketua pasukan, Nasir Basharuddin dan Shahrel Fikri Md Fauzi dilihat mampu menjadi suntikan semangat buat Perak menjelang perlawanan ini.

Ia sekaligus meletakkan Perak sebagai pasukan pilihan untuk meraih tiga mata penuh malam ini bagi menewaskan pendatang baharu Liga Super tersebut.

Kritikan yang dilemparkan oleh para penyokong setia skuad Yob terhadap prestasi pemain import terutamanya Gilmar, seharusnya menjadi medan terbaik buat penyerang kelahiran Brazil itu membuktikan bisa penyudah dimilikinya.

Namun, misi kemenangan sulung buat Perak ini bukanlah satu tugasan mudah kerana PJ City juga turun ke Ipoh dengan misi mencipta kemenangan.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN