Previu MSL 2019: Misi Wajib Menang Felda United, Perak Intai Kemenangan Ketiga Berturut-Turut

Felda United

Dua pasukan yang tewas pada aksi separuh akhir pertama Shopee Piala FA 2019, Felda United dan Perak akan bertemu sesama sendiri di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka malam ini dalam saingan Liga Super Malaysia.

Situasi berbeza bagaimanapun dihadapi apabila Felda United kini sedang bergelut untuk kekal dalam saingan liga manakala Perak pula mengintai peluang untuk terus memanjat tangga liga.

Felda United

Perlawanan malam ini akan menjadi aksi wajib menang buat skuad bimbingan Nidzam Jamil setelah Felda United menghuni tangga terbawah selepas 16 perlawanan yang dilalui.

Hanya berjaya mengutip 12 mata hasil dua kemenangan, enam keputusan seri dan lapan kekalahan, Felda United tiada pilihan lain selain daripada menumpaskan Perak di hadapan penyokong sendiri.

Namun, ia bukanlah misi mustahil kerana Felda United pernah melakukannya ketika menundukkan Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) 5-4 di gelanggang yang sama.

Perak

Menyebut tentang pasukan Perak pada ketika ini, sudah pasti akan dikaitkan dengan jaringan sepakan percuma cantik Herold Goulon yang membolosi Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Kehampaan itu perlu dilupakan segera oleh Hafizul dan seluruh pasukan Perak dalam meneruskan rentetan kemenangan dalam saingan Liga Super.

Selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, skuad Perak telah mencatatkan dua kemenangan dalam saingan liga setelah menumpaskan Petaling Jaya City 1-0 di Kelana Jaya dan Terengganu 3-1 di Stadium Perak, Ipoh.

Kecemerlangan itu perlu diteruskan dalam usaha Perak untuk menjadi antara pasukan yang bersaing untuk mendapatkan tempat kedua pada musim ini.

Jasazrin Jamaludin & J. Partiban

Kelibat dua pemain tempatan iaitu Jasazrin Jamaludin dan J. Partiban dijangka akan mencuri tumpuan pada pertembungan malam ini.

Sebagai antara pemain berpengalaman dalam pasukan, Jasazrin memainkan peranan yang cukup penting terutamanya ketika menghadapi waktu sukar ini.

Bagi Partiban pula, lama memanaskan bangku simpanan sebelum ini tidak menghalang beliau mempamerkan kualiti yang dimiliki.

Larian deras dari sebelah kanan serta kelincahan dipamerkannya telah merampas tempat yang sebelum ini diisi Firdaus Saiyadi.

Jaringan yang dihasilkannya ketika menentang Pahang tempoh hari bakal menjadi azimat berguna buat Partiban untuk terus cemerlang malam ini.

Ramalan Semuanya BOLA

Sekiranya melihat kepada barisan pemain yang menggalas tanggungjawab, Perak mungkin sedikit memiliki kelebihan di atas kertas.

Perak juga berkelebihan dari aspek pengalaman. Ia ditambah lagi dengan pengaruh ‘kegilaan’ Leandro Dos Santos di bahagian tengah skuad The Bos Gaurus itu.

Namun harus diingat apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Perak pada aksi pusingan pertama yang lalu hasil jaringan sepakan percuma Hadin Azman dan sepakan penalti Gilmar Jose Da Silva Filho (sudah tidak bersama Perak).

Semangat juang pemain muda Felda United juga tidak wajar dipandang enteng skuad bimbingan Mehmed Durakovic itu.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

 

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan sedutan perlawanan minggu-minggu sebelumnya. Teruskan setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Kredit foto: Felda United & Perak TBG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN