Previu MSL 2019: Kuala Lumpur Berhadapan Misi ‘Survival’ Berhadapan Terengganu FC

Satu dariapada tiga perlawanan Liga Super Malaysia (MSL 2019) yang berlangsung pada malam ini akan membawa perhatian kita ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu.

Pasukan tuan rumah, Terengganu FC akan menanti kunjungan Kuala Lumpur. Apakah yang perlu kita tahu mengenai perlawanan ini?

Tumpuan kepada survival Kuala Lumpur

Untuk baki lima perlawanan seterusnya, bermula dengan perlawanan menentang Terengganu FC pada malam ini ibarat perlawanan demi ‘survival’ buat skuad warga kota. Ketika ini Kuala Lumpur menduduki tangga ke-10 MSL 2019, dengan kelebihan jaringan berbanding PKNP FC di tangga ke-11, dan dua mata diatas Felda United di tangga tercorot. Ini menjadikan saingan untuk mengelakkan dari penyingkiran akan berkisar kepada tiga pasukan ini untuk beberapa minggu seterusnya.

Sebelum tempoh rehat untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa yang lalu, Kuala Lumpur mencatat keputusan positif dengan menewaskan PKNP FC 4-1. Namun sejak saingan liga bersambung kembali, mereka tewas dua perlawanan – masing-masing kepada Selangor dan Kuala Lumpur. Skuad warga kota sebenarnya tidak kekurangan kualiti. Di bahagian serangan pasukan ini mempunyai Guilherme de Paula untuk menjaringkan gol Begitu juga dengan pengalaman pemain tempatan seperti Indra Putra dan Azmi Muslim.

Terengganu FC pula pasti mahu kembali ke landasan kemenangan selepas ditewaskan Perak dalam perlawanan terdahulu. Ketiadaan Lee Tuck telah memberikan kesan kepada jentera tengah pasukan dalam perlawanan tersebut. Apatah lagi selepas layangan kad merah Dechi Marcel yang langsung tidak membantu.

Taktikal pasukan

Kuala Lumpur beraksi dengan formasi yang menyerupai 4-3-3 dalam beberapa perlawanan lalu, dengan pemain pertahanan dari Filipina Luke Woodland bertindak sebagai nadi utama pasukan di bahagian perahanan. Darko Markovic dan Paulo Josue pula digandingkan di bahagian tengah untuk membenarkan Indra Putra beraksi lebih ke hadapan.

Sanjar Shaakhmedov
FOTO: Bernama

Terengganu FC pula dijangka mengekalkan sistem 4-1-4-1 seperti yang telah diamalkan sejak era Irfan Bakti. Ketajaman Tcheche Kipre akan terus menjadi tagihan utama, tatkala kelincahan pemain seperti Sanjar Shaakhmedov turut akan menjadi nadi penting dalam menggerakkan serangan di bahagian akhir kubu lawan.

Rekod pertemuan

Berikut adalah rekod pertemuan kedua-dua pasukan sejak lima perlawanan lalu.

  • 22.02,2019 Kuala Lumpur 0-1 Terengganu (Liga Super)
  • 15.09.2018 Terengganu 2-3 Kuala Lumpur (Piala Malaysia)
  • 4.08.2018 Kuala Lumpur 1-5 Terengganu (Piala Malaysia)
  • 10.07.2018 Terengganu 3-1 Kuala Lumpur (Liga Super)
  • 3.06.2018 Kuala Lumpur 3-0 Terengganu (Liga Super)

Ramalan Semuanya BOLA

Sukar untuk meramalkan perlawanan ini kerana prestasi serba tidak menenti kedua-dua pasukan. Terengganu FC sebagai pasukan tuan rumah pasti mahu membuktikan sesuatu kepada penyokong mereka.

Manakala Kuala Lumpur tidak memerlukan motivasi lain untuk mencatat kemenangan, melainkan demi survival pasukan itu di saingan MSL musim hadapan.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan sedutan perlawanan minggu-minggu sebelumnya. Teruskan setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN