Previu MSL 2019: Kedah Nantikan Tiupan ‘Angin Timur’ Terengganu FC Di Alor Setar

Kedah Terengganu

Minggu ke-9 saingan Liga Super Malaysia (MSL) 2019 di Stadium Darul Aman menyaksikan pertembungan dua pasukan yang mampu memberikan aksi menarik iaitu Kedah dan Terengganu FC.

Begitupun, kedua-dua pasukan ketika ini tidak berada dalam prestasi terbaik dengan masalah konsistensi mengganggu rentak Helang Merah dan Sang Penyu. Dan jika Terengganu berjaya mengatasi Kedah, kedua-dua pasukan akan terikat 12 mata.

Kedua-dua pasukan akan dikendalikan sementara oleh penolong ketua jurulatih untuk saingan pada malam nanti, Victor Andrag untuk Kedah dan Mohamad Nik untuk Terengganu.

Kedah mahu bangkit di Darul Aman

Kedah
FOTO: KFA

Gagal meraih mata maksimum dalam empat perlawanan berturut-turut menyaksikan Kedah kian ketinggalan di belakang pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berada 8 mata di depan. Mereka tewas dua perlawanan liga dan seri dalam dua lagi aksi.

Sebelum itu, Kedah telah menerajui takhta liga untuk dua minggu berturut-turut sebelum jatuh ke kedudukan ketiga ketika ini. Konsistensi adalah musuh utama Helang Merah dan mereka dikhabarkan mahu membaikinya dalam pertembungan ini.

Sudah 2 perlawanan liga di Darul Aman, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak gagal memberikan satu aksi yang boleh dibanggakan namun sentuhan segar bekas kapten skuad ‘Double Treble’ Kedah, Victor Andrag mungkin mampu memberikan impak.

Jentera serangan Terengganu bermasalah

Terengganu FC, Kedah
Foto: TFC

Sang Penyu yang beraksi baik musim lalu disebut-sebut bakal menjadi antara watak pencabar kejuaraan liga namun sebaliknya berlaku, mereka kini makin hanyut jauh di pertengahan liga. Adakah mereka mampu untuk mencabar Kedah?

Masalah utama mereka adalah kegagalan jentera serangan untuk berfungsi terutamanya bekas kapten mereka, Kipre Tchetche yang masih tumpul sehingga kini. Musim lalu, Kipre telah meledak 14 gol – 5 gol di belakang pemenang kasut emas, Rufino Segovia.

Berdepan Kedah yang memiliki benteng yang kukuh musim ini iaitu bolos 5 dalam 8 aksi – selain Pahang dan PKNS FC, Terengganu mungkin akan bergelut lagi, apatah lagi selepas tewas mengejut kepada PKNP FC di Kuala Terengganu pada minggu lalu.

Fernando Rodriguez dan Lee Tuck

Dalam prestasi terbaik, Fernando Rodriguez kini telah bangkit daripada permulaan musim yang hambar baginya apabila telah berjaya meledak tiga gol dalam tiga penampilan terkininya – termasuk dalam saingan Shopee Piala FA tempohari.

Kedah
FOTO: Kedah FA

Berbanding sentuhannya ketika di Indonesia, Rodriguez gagal memberikan impak awal dengan kerap kali melepaskan peluang walaupun memiliki peluang boleh gol. Mungkin sudah mendapat rentak, namanya kembali tercatat selaku penjaring gol saat ini.

Sementara itu, antara calon pemain naturalisasi skuad kebangsaan, Lee Tuck pastinya mahu berikan yang terbaik selepas ‘rehat’ dua perlawanan – satu aksi liga dan satu untuk Piala FA. Dia kini kembali dengan misi mahu memusnahkan Kedah di laman mereka.

Lee Tuck
FOTO: TFC

Kelebihan pemain ini adalah kemampuannya mengemudi jentera tengah dengan pengaruhnya disamping bergandingan baik bersama dua lagi bintang skuad kebangsaan negara masing-masing, Sanjar Shaakhmedov dan Thierry Chantha Bin.

Rekod 5 perlawanan terkini MSL

Kedah (M-S-K-S-K)

  • Menang 2-0 v PJ City FC (A)
  • Seri 0-0 v PKNS FC (H)
  • Kalah 0-1 v Pahang (A)
  • Seri 1-1 v JDT (H)
  • Kalah 1-2 v Kuala Lumpur (A)

Terengganu FC (M-S-M-K-K)

  • Menang 1-0 v Kuala Lumpur (A)
  • Seri 1-1 v Perak (H)
  • Menang 3-0 v Melaka United (H)
  • Kalah 0-1 v Selangor (A)
  • Kalah 1-2 v PKNP FC (H)

Taktikal Pasukan

Tiada perubahan dijangka daripada Victor Andrag kerana asas formasi yang diterapkan oleh Aidil Sharin pasti akan diteruskan iaitu 4-2-3-1. Kedah dijangkakan akan kembali mendapat khidmat Fadzrul Danel yang pulang daripada attachment di Cardiff City.

Kedah bergelut di jentera tengah sejak ketiadaan pemain muda meningkat naik itu dengan Amirul Hisyam gagal memberikan aksi setara. Kali terakhir Helang Merah menang ke atas Terengganu adalah pada musim 2016 – menang 3-0 di Kuala Terengganu.

Terengganu pula menggunakan formasi 4-3-3 dengan tiga tonggak utama mereka akan menggerakkan jentera tengah – Lee Tuck, Sanjar dan Thierry Bin. Penolong ketua jurulatih membayangkan akan ada perubahan untuk aksi pada malam nanti.

Adakah ‘The Silent Killer’ Ashaari Shamsuddin akan kembali tersenarai dalam kesebelasan utama? Mohamad Nik seakan-akan memberi gambaran yang Kipre bakal direhatkan dalam misi untuk memulihkan moral pemain dan penyokong.

Ramalan Semuanya BOLA

Musim lalu, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1 dalam dua perlawanan Liga Super di Kuala Terengganu dan Alor Setar. Adakah sekali lagi Helang Merah dan Sang Penyu bakal terikat dan berpuas hati dengan hanya berkongsi satu mata?

Kedah miliki skuad yang lebih ampuh ketika ini namun terdapat gangguan konsistensi dalam beberapa aksi terkini, sementara Terengganu pula tumbang dalam dua aksi terkini.

Dengan kehadiran dua pengendali sementara yang mungkin miliki idea lebih segar, pertarungan di Darul Aman pada malam nanti dijangkakan lebih menarik untuk disaksikan. Siapa akan meraih 3 mata atau sekadar berpuas hati dengan 1 mata?

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN