Previu MSL 2019: Hilang Ramai Tonggak Buat Perak Terganggu, Pahang Mahu Manfaat Peluang

Kecederaan

Perlawanan ke-9 buat Perak dalam saingan Liga Super Malaysia 2019 bakal menjanjikan cabaran berliku apabila skuad ‘Yob’ itu akan berdepan pasukan di tangga kedua, Pahang di Stadium Perak, Ipoh.

Kedua-dua pasukan berada dalam mood terbaik bagi menghadapi perlawanan malam ini setelah masing-masing berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Shopee Piala FA 2019.

Kemelut kecederaan melanda Perak

Perak bakal turun tanpa dua tonggak utama, Leandro Dos Santos Oliveira dan Zachary Anderson akibat penggantungan satu perlawanan.

Namun, lebih merunsingkan pengendali Perak, Mehmed Durakovic adalah kecederaan yang membelenggu sebahagian besar pemain utama seperti Firdaus Saiyadi, Gilmar Jose Da Silva Filho, Nor Hakim Hassan, Nazirul Naim Che Hashim dan ramai lagi seperti dilaporkan Stadium Astro.

Boleh dikatakan hampir setiap perlawanan Perak menyandarkan harapan kepada para pemain yang dinyatakan diatas bagi menggalas tanggungjawab pasukan.

Sekiranya benar Perak tidak dapat menggunakan khidmat mereka, ia sememangnya mengganggu perancangan Mehmed dan terpaksa menggunakan khidmat pemain yang jarang digunakannya.

Pahang tanpa Dickson Nwakaeme

Bagi kem pasukan pelawat pula, mereka akan turun tanpa Dickson Nwakaeme yang diberitakan mengalami kecederaan hamstring  pada pertemuan Piala FA bertemu UKM FC tempoh hari.

Perkembangan itu bagaimanapun tidaklah begitu menggusarkan Dollah Salleh kerana beliau masih mempunyai Norshahrul Idlan Talaha dan Ze Love yang mampu bertindak selaku penggempur buat Pahang.

Turun ke Ipoh dengan rekod masih belum mengalami sebarang kekalahan pada musim ini cukup untuk menjelaskan kesukaran yang bakal dihadapi Perak malam ini.

Wander Luiz Bitencourt Junior & Ze Love

Dua gol serta tiga bantuan jaringan yang dihasilkan Wander Luiz dalam empat perlawanan terakhir menjadikan beliau sebagai antara pemain yang berada di prestasi terbaik buat Perak ketika ini.

Sumbangan berkesan Wander Luiz diharapkan Perak.

Wander, 31 tahun, mampu menjelmakan hantaran jauh yang berkualiti tinggi sekaligus membuka ruang buat rakan sepasukan mencipta jaringan.

Walaupun turut mendapat kritikan penyokong Perak, Wander Luiz kini kelihatan semakin berusaha untuk meningkatkan prestasinya bagi membalas kepercayaan Mehmed Durakovic.

Ze Love bakal ‘hantui’ jentera pertahanan Perak.

Dengan ketiadaan Dickson, Ze Love bakal dijadikan sandaran utama Dollah Salleh bagi merobek gawang Perak.

Beliau telah menjaringkan empat gol dalam saingan liga setakat ini dan tugas berat menanti Shahrul Mohd Saad dan Idris Ahmad bagi merantai pergerakan pemain kelahiran Brazil ini.

Sebelum sepak mula

Dengan masalah kecederaan yang menimpa seperti dilaporkan Mehmed, beliau dijangka akan melakukan beberapa rombakan terhadap kesebelasan utama pasukan.

Ia jelas memberikan ruang yang cukup luas buat para pemain yang jarang mendapat tempat untuk membuktikan kualiti mereka.

Pahang pula di landasan terbaik untuk melebarkan rekod tanpa kalah pada musim ini apabila Dollah tidak bermasalah untuk membariskan barisan terkuatnya pada malam ini.

Ramalan Semuanya BOLA

Satu kemenangan, enam keputusan seri dan satu kekalahan dalam saingan Liga Super bukanlah petunjuk prestasi yang membanggakan buat Perak.

Pahang pula kini gah di tempat kedua dengan enam kemenangan dan tiga keputusan seri selepas sembilan perlawanan.

Di atas kertas serta berdasarkan prestasi semasa, Pahang dilihat pilihan utama untuk mencatatkan kemenangan pada perlawanan ini.

Namun, Perak yang mendambakan kemenangan kedua sudah pasti tidak akan membiarkan maruah mereka dicalar dihadapan penyokong setia mereka dan seterusnya berazam untuk ‘menghadiahkan’ kekalahan buat Tok Gajah.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan sedutan perlawanan minggu-minggu sebelumnya. Teruskan setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Kredit foto: Perak TBG & Pahang FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN