Previu MSL 2019: Cabaran Hebat PKNP FC Bakal Nanti Terengganu FC

Terengganu FC

Dua pasukan yang berjaya melepasi pusingan kedua Piala FA, Terengganu FC dan Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) akan bertemu malam ini pada aksi ke-8 Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Nasib berbeza dialami kedua-dua pasukan ini pada aksi liga selepas Terengganu kecewa tumpas 0-1 ditangan Selangor hasil jaringan bekas pemain, Faiz Nasir.

PKNP FC pula mampu menghela nafas lega selepas berjaya meraih kemenangan sulung hasil kejayaan membelasah Kuala Lumpur 4-0 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Terengganu FC

Kekalahan di Shah Alam tempoh hari membantutkan usaha Terengganu FC bagi berada di kelompok empat pasukan teratas tatkala pasukan tangga ke-4 dan 5 iaitu PKNS FC dan Melaka turut gagal mengutip tiga mata penuh.

Sehubungan dengan itu, perlawanan di laman sendiri malam ini bakal menjadi medan terbaik buat anak buah Irfan Bakti Abu Salim bagi kembali mencatatkan kemenangan sekaligus berusaha untuk memperbaiki kedudukan.

Kemenangan besar 5-0 berdepan pasukan amatur, Ultimate FC minggu lalu memberikan ruang terbaik buat Irfan Bakti bagi mencongak strategi terbaik dalam menghadapi saingan yang bakal diberikan PKNP FC.

PKNP FC

Kemenangan bertemu Kuala Lumpur dan Batu Dua FC dilihat mampu untuk melonjakkan semangat para pemain PKNP FC malam ini.

Pasukan PKNP FC menjalani latihan di Kuala Terengganu.

PKNP FC yang turut beraksi menentang Batu Dua FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah tempoh hari, pasti sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan keadaan padang dan persekitaran disana.

Keadaan yang lebih memudahkan ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim dalam menyediakan ramuan terbaik buat anak buahnya untuk bertemu pasukan tuan rumah.

Tchetche Kipre & Giancarlo Lopes Rodrigues

Kemarau jaringan yang berterusan dihadapi Tchetche Kipre sememangnya merunsingkan Irfan Bakti dan skuad Terengganu FC, namun pemain kelahiran Ivory Coast ini mampu untuk menjelmakan bahaya buat jentera pertahanan PKNP FC.

Tchetche Kipre ketika sesi latihan pasukan.

Kipre perlu segera membuktikan kredibiliti sebenar beliau yang dilabel sebagai antara peledak berbahaya dalam saingan Liga Malaysia.

Sekiranya pergerakannya gagal dirantai kemas pertahanan PKNP FC, bahaya bakal menanti skuad dari Perak itu.

Giancarlo Lopes dihalang pemain Batu Dua FC pada aksi pusingan kedua Shopee Piala FA 2019 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Empat jaringan dari dua perlawanan yang dihasilkan Giancarlo Lopes sudah cukup untuk menjelaskan bahawa Abu Bakar Fadzim akan terus menyandarkan harapan terhadap penyerang kelahiran Brazil ini untuk terus meledak.

Berbekalkan fizikal tegap serta merupakan seorang penyerang yang ‘mobil’, Giancarlo dijangka akan memporak-perandakan kubu Terengganu FC.

Rekod pertemuan (2 musim)

2017 

  • Terengganu (2) v (4) PKNP FC
  • PKNP FC (3) v (1) Terengganu FC

2018

  • PKNP FC (2) v (1) Terengganu FC
  • Terengganu FC (2) v (1) PKNP FC

Ramalan Semuanya BOLA

Sukar untuk menjangkakan apa yang bakal terjadi pada perlawanan malam ini apabila kedua-dua pasukan di mood terbaik selepas berjaya menumpaskan lawan masing-masing dalam saingan Piala FA.

Terengganu FC sudah pasti mempunyai kelebihan beraksi di tempat sendiri tetapi saingan hebat yang bakal diberikan barisan pemain PKNP FC tidak wajar dipandang mudah.

Pasukan manakah yang menjadi pilihan anda untuk meraih kemenangan pada perlawanan ini?

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Kredit foto: Terengganu Football Club & PKNP FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN