Previu Final UEFA Europa League 2015/2016: Liverpool v Sevilla

Awal pagi esok, Liverpool dan Sevilla memiliki talian hayat terakhir untuk ke pentas Eropah pada musim depan. Pemenang perlawanan ini akan kekal bersaing di Eropah. Yang kalah akan kempunan beraksi di Eropah.

Bagi Jurgen Klopp, malam ini adalah final kedua baginya bersama Liverpool dalam masa 7 bulan.

Menang perlawanan ini, nama Klopp akan sebaris dengan nama-nama pengurus Liverpool lain yang pernah membawa kejuaraan Eropah seperti Bill Shankly, Bob Paisley, Joe Fagan, Gerard Houllier dan Rafael Benitez.

Prestasi Semasa

Liverpool – S S M M K S

Sevilla – K K M K S M

Perkembangan Semasa Pasukan

Mamadou Sakho digantung perlawanan selepas isu gagal ujian doping. Besar kemungkinan Kolo Toure diberi kepercayaan oleh Klopp berbanding Skrtel untuk bergandingan dengan Dejan Lovren di pertahanan tengah.

Jordan Henderson pula pastinya berharap untuk dapat memainkan peranan, walaupun sedikit, dalam perlawanan ini menjelang EURO 2016.

Baru pulih daripada kecederaan yang dialaminya semasa suku akhir pertama menentang Borussia Dortmund, Henderson mungkin tidak akan bermula dalam kesebelasan utama.

Bagi kem Sevilla, pemain sayap Michael Krohn-Dehli pula baru-baru ini disahkan mengalami kecederaan lutut yang serius. Beliau akan menyertai Reyes di bilik rawatan.

Selain daripada itu, skuad Unai Emery tiada kecederaan atau penggantungan.

Senarai Kecederaan

Liverpool – Joe Gomez , Divock Origi , Danny Ings
Sevilla – Jose Antonio Reyes, Michael Krohn-Dehli

Pengantungan

Mamadou Sakho (Liverpool)

Senarai Berjaga Jaga

Henderson (Liverpool)

Fakta Perlawanan (Opta Stats)

1. Malam ini adalah pertemuan pertama antara Liverpool dan Sevilla.

2. Liverpool telah memenangi kedua-dua perlawanan akhir Eropah menentang lawan dari Sepanyol, menewaskan Real Madrid pada 1981 (Piala Eropah) dan Alaves di (UEFA Cup 2001).

3. Liverpool tidak pernah menjaringkan lebih daripada satu gol di luar Anfield dalam Europa League musim ini.

4. Liverpool mempunyai 11 penjaring berbeza dalam musim Liga Europa, lebih daripada mana-mana pasukan lain.

5. Dalam 10 final terakhir Europa League/UEFA Cup, hanya sekali pasukan yang menjaringkan gol pertama tidak menjulang trofi (Dnipro, menentang Sevilla pada tahun 2015).

6. Kelab dari Sepanyol telah menjuarai 7 daripada 12 edisi terakhir Europa League/UEFA Cup (Sevilla 4, Atlético Madrid 2, Valencia 1).

7. Sevilla telah memenangi 3 daripada 8 perlawanan Eropah menentang kelab England (kalah 2, seri 3), termasuk kemenangan 4-0 ke atas Middlesbrough semasa final UEFA Cup 2006.

8. Sevilla pernah bermain di St. Jakob Park pada awal kempen Europa League musim ini. Mereka seri 0-0 dengan Basel.

9. Kevin Gameiro telah menyumbang 7 gol dan 2 assists daripada 14 gol Sevilla dalam Europa League musim ini.

10. Emre Can telah merekodkan 34 bentesan tepat daripada 41 percubaan – menghasilkan ratio tertinggi dalam Europa League musim ini.

11. Klopp telah tewas 4 final terakhirnya:

  • Champions League 2013 dengan Borussia Dortmund (kalah 1-2 kepada Bayern Munich)
  • DFB-Pokal 2014 dengan Borussia Dortmund (kalah 0-2 dalam masa tambahan selepas terikat 0-0 kepada Bayern Munich)
  • DFB-Pokal 2015 dengan Borussia Dortmund (kalah 1-3 kepada Wolfsburg)
  • League Cup 2016 dengan Liverpool (kalah penentuan penalti 1-3 selepas terikat 1-1 kepada Manchester City).

Pemain Tumpuan

Roberto Firmino (Liverpool) – Pemain ini memiliki kemahiran teknikal dan kemampuan taktikal yang luar biasa. Memiliki kreativiti, skil, visi dan juga kemampuan meledak gol.

Kevin Gameiro (Sevilla) – Pemain ini adalah target man yang sangat berbisa di Europa musim ini. Menjaringkan 14 gol dalam 8 penampilan terakhir beliau setakat ini.

Previu Taktikal 

Corak Permainan Liverpool

  • Penguasaan bola (possession football)
  • Hantaran pendek
  • Serangan di bahagian tengah

Corak Permainan Sevilla

  • Serangan di bahagian tengah
  • Cuba melepaskan hantaran lintang (cross) sekerap mungkin
  • Lebih selesa bermain banyak di kawasan sendiri
  • Pemain berteknikal baik

Liverpool adalah pasukan yang sangat menggemari bolasepak menyerang dengan menguasai bahagian tengah.

Manakala Sevilla di bawah kendalian Unai Emery boleh dikira memiliki kekuatan teknikal yang mungkin lebih baik daripada Liverpool dalam berberap aspek.

Sevilla boleh dilabel sebagai ‘pakar’ Europa League apabila menjuarai 2 kejuaraan Europa League lepas secara berturut-turut.

Tekanan kedua-dua pasukan bukan sahaja untuk menjuarai Europa, malah untuk merebut kelayakan ke UEFA Champions League pada musim depan juga.

Potensi kesebelasan utama

Liverpool 
Mignolet, Clyne, Lovren, Toure, Moreno; Lallana, Can, Milner; Coutinho, Firmino, Sturridge

Sevilla
Soria, Mariano, Rami, Carrico, Tremoulinas; Krychowiak, N’Zonzi, Coke, Banega, Vitolo, Gameiro

Sebelum Sepak Mula

Liverpool adalah pasukan yang sangat menggemari bolasepak menyerang dengan menguasai bahagian tengah.

Manakala Sevilla di bawah kendalian Unai Emery boleh dikira memiliki kekuatan teknikal yang mungkin lebih baik daripada Liverpool dalam berberap aspek.

Sevilla dan Liverpool boleh dilabel sebagai ‘pakar final’ dalam kejuaraan Europa dengan kedua dua pasukan memenangi kesemua final Piala Europa (dahulunya UEFA Cup) dengan Sevilla (4) dan Liverpool (3).

Ini bermakna pasukan yang kalah pada awal pagi nanti akan merekodkan kekalahn final mereka yang pertama dalam Europa League.

Tekanan kedua dua pasukan bukan sahaja untuk menjuarai Europa, malah mahu menjadikan ia sebagai vice versa kepada kelayakan ke Liga Juara Juara musim hadapan. Ia adalah pertembunagn antara 2 pakar taktikal di Eropah.

Baca juga: Lallana: Klopp Mungkin Selalu Maki Saya Ketika Perlawanan, Tapi Beliau Buat Saya Dihargai

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN