Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Previu: Godin & Suarez Berpeluang Leburkan Impian Ronaldo Untuk Julang Piala Dunia

2 perlawanan pertama peringkat 16 pasukan terakhir Piala Dunia 2018 cukup menarik perhatian kita semua.

Pada jam 10 malam waktu Malaysia, kita akan disajikan dengan perlawanan di antara Perancis dan juga Argentina.

Seterusnya pada jam 2 pagi pula, Uruguay akan menentang Portugal pula untuk mencari tempat ke suku akhir.

Perlawanan ini pastinya tertumpu kepada Cristiano Ronaldo kerana beliau dan rakan sepasukan Portugal beliau mempunyai potensi menerima tentangan hebat dari Uruguay.

Tentangan hebat ini bukan datang dari orang yang asing dengan beliau, ianya datang dari pemain seperti Diego Godin dan juga Luis Suarez.

Di peringkat kelab, mereka bertiga bertembung sesama sendiri di La Liga ketika masing-masing mewakili Atletico Madrid, Barcelona dan Real Madrid.

Tetapi di peringkat antarabangsa, Godin dan Suarez bersatu untuk menentang Ronaldo.

SAMARA, RUSSIA – JUNE 25: Luis Suarez of Uruguay celebrates with teammate Diego Godin, Martin Caceres and Rodrigo Bentancur after scoring his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group A match between Uruguay and Russia at Samara Arena on June 25, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Maddie Meyer/Getty Images)

Bukan Ronaldo semata-mata

Jika apabila bercakap mengenai Argentina, mereka akan anggap perkara yang sama dengan Portugal – semuanya mengenai Ronaldo sahaja.

Tetapi bagi Diego Forlan, tidak sama sekali.

Menurut bekas penyerang Uruguay itu, jika negaranya berjaya menghalang Ronaldo ini bermakna mereka hanya berjaya mengawal 50% dari keseluruhan Portugal itu sahaja.

“Cristiano Ronaldo merupakan seorang ketua. Beliau menjaringkan gol dan menunjukkan betapa pentingnya beliau dalam pasukan.”

during the 2018 FIFA World Cup Russia group B match between Iran and Portugal at Mordovia Arena on June 25, 2018 in Saransk, Russia.

Walaupun begitu, Forlan yakin benteng pertahanan yang diketuai Godin dan Jose Gimenez mampu mengatasi segala masalah itu.

“Saya tidak risau akan kualiti pertahanan kami tetapi kita kena berhati-hati. Uruguay perlu fokus dalam perlawanan ini.”

Godin dan Suarez mungkin berpeluang untuk meleburkan impian Ronaldo menjuarai Piala Dunia, namun begitu usaha keras perlu dilakukan untuk mengecapi sasaran itu.

Pemain tumpuan

Tumpuan pada perlawanan ini pastinya akan terarah kepada Luis Suarez penulis boleh kelaskan pemain ini sudah ‘panas enjinnya’ dalam saingan Piala Dunia.

Beliau sudah menjaringkan 2 gol tetapi dalam setiap perlawanan peringkat kumpulan, beliau menghadirkan banyak ancaman terhadap kubu pihak lawan.

SAMARA, RUSSIA – JUNE 25: Luis Suarez of Uruguay celebrates scoring his teams second goal of the game during the 2018 FIFA World Cup Russia group A match between Uruguay and Russia at Samara Arena on June 25, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Dikala pasangan serangan beliau iaitu Edinson Cavani seolah-olah berhempas pulas untuk memberikan impak, Suarez terus memberikan sinar kepada barisan serangan negaranya.

Jadi andai Cavani gagal menyinar dalam perlawanan ini, Suarez perlu memainkan peranan besar menutup kelemahan rakan sepasukannya untuk menjaringkan gol.

Untuk Portugal, semestinya pilihan penulis adalah Cristiano Ronaldo.

Pemain yang dalam perebutan merebut kasut emas ini semestinya menjadi tumpuan skuad Uruguay.

Menurut jurulatih Uruguay Oscar Tabarez, satu usaha kolektif perlu dilakukan untuk menghalang Ronaldo dari menguasai perlawanan ini.

“Satu pemain tak cukup untuk halang Ronaldo. Ia perlukan usaha berpasukan untuk menghalang beliau.”

SARANSK, RUSSIA – JUNE 25: Cristiano Ronaldo of Portugal runs with the ball during the 2018 FIFA World Cup Russia group B match between Iran and Portugal at Mordovia Arena on June 25, 2018 in Saransk, Russia. (Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Sebelum sepak mula

Perlawanan ini pastinya menjadi perhatian kerana hasil dari perlawanan ini boleh menentukan bagaimana aksi di suku akhir akan dilangsungkan.

Andai Argentina berjaya menewaskan Perancis, pemerhati neutral pastinya mahukan Portugal turut mara kerana kedua-dua negara tersebut akan berjumpa di suku akhir.

Ini bermakna, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo akan bertemu di Piala Dunia!

Namun dari perspektif Uruguay, mereka mahu mara lebih jauh dan mungkin mencabar kejuaraan untuk menjadi juara dunia buat kali ketiga.

Sudah begitu lama mereka tidak bergelar juara dunia, kali terakhir mereka menjuarainya adalah pada 1950.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.