Previu Final Piala Malaysia 2017: Kedah Atau Johor Darul Ta’zim?

Piala Malaysia edisi kali ini menemukan 2 pasukan yang dianggap pasukan terbaik dalam kancah bola sepak Malaysia pada awal musim ini.

Namun Kedah berhadapan dengan kemelut prestasi pada pertengahan musim dan gagal menyaingi JDT dalam Liga Super.

Pada awal musim ini, kedua-dua pasukan bertemu dalam Piala Sumbangsih dan Kedah menang menerusi penentuan sepakan penalti.

Kedah sudah membawa 1 piala domestik iaitu Piala FA dan juga 1 Piala Sumbangsih. Kini Kedah dan JDT mahu menamatkan musim dengan doubles.

(Nota editor: Piala Sumbangsih tidak dikira sebagai piala domestik utama).

Prestasi semasa

JDT hanya menang 1 daripada 5 perlawanan terakhir mereka. Manakala pasukan Kedah menang 2 daripada 5 perlawanan terakhir mereka.

Menjadikan, kedua-dua pasukan dalam prestasi yang agak seimbang untuk perlawanan ini.

Kedua-dua pasukan hanya gagal menjaringkan gol dalam 1 perlawanan daripada 5 perlawanan terakhir iaitu pada perlawanan di antara kedua-dua mereka minggu lalu dalam Liga Super yang berakhir 0-0.

Rekod pertemuan 5 perlawanan terakhir

JDT menang 2 daripada 5 pertemuan terakhir menentang Kedah. Manakala pasukan Kedah hanya mampu mencatatkan 3 keputusan seri tanpa sebarang kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir menentang JDT.

Kali terakhir Kedah menang ke atas JDT adalah pada 16 April 2016 dalam saingan Piala FA.

2 perlawanan Kedah vs JDT musim ini berakhir dengan keputusan seri. Kali terakhir JDT menang ke atas Kedah adalah ketika mereka membelasah Kedah 5-0 di Larkin pada 16 Julai 2016 dalam saingan Liga Super.

Kredit: JOHOR Southern Tigers, Facebook

Fakta perlawanan

  • Ini adalah final Piala Malaysia ke-3 berturut-turut untuk pasukan Kedah dan ke-12 di dalam sejarah mereka
  • Kedah bermain dalam 4 perlawanan final dan 1 perlawanan sumbangsih dalam 3 musim terakhir, juara 1 Piala Malaysia, 1 Piala FA dan membawa pulang Piala Sumbangsih
  • Ini menjadikan Kedah memiliki ratio kejuaraan 2 daripada 3 final domestik (major) mereka setakat ini
  • Kali terakhir JDT beraksi di final Piala Malaysia ialah pada 2014, dan tewas di tangan Pahang
  • Ini adalah final kedua pasukan JDT
  • Kedah menjuarai Piala Malaysia sebanyak 5 kali  di belakang Perak (7), Singapura (24) dan Selangor (33)
  • JDT tidak pernah menjuarai Piala Malaysia di dalam sejarah pasukan mereka (sebelum ini dikenali Johor FC)
  • Sandro (9 gol) dan Ghaddar (6 gol) adalah penjaring utama kedua-dua pasukan dalam edisi kali ini

Siapa akan menjulang Piala Malaysia?

Piala Malaysia adalah kejohanan tertua di negara kita dan di rantau Asia. Menjulang Piala Malaysia adalah impian setiap pemain.

Berdasarkan kualiti, kedua-dua pasukan ada kualiti yang cukup untuk perlawanan final kali ini. Persediaan rapi sudah pun dibuat cuma menanti malam final.

Pasukan mana yang akan menjuarai Piala Malaysia? Sama ada ia akan diarak ke utara? ataupun ke selatan tanah air?

Persoalannya akan terjawab pada 4 November ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN