Previu Final Piala Eropah 2016; Perancis v Portugal

Sejarah Pertembungan


Mac 1975 adalah kali terakhir Portugal menang ke atas Perancis. Ia adalah 41 tahun yang lalu.

Portugal kemudian tewas dalam 10 pertemuan mereka ke atas Perancis dalam semua kejohanan mahupun persahabatan.

2 kekalahan Portugal dalam pertandingan besar kepada Perancis adalah pada separuh akhir Piala Eropah 2000.

Seterusnya adalah kekalahan pada 2006 pada Piala Dunia.

Dalam 5 pertemuan terakhir mereka. Perancis telah menjaringkan 10 (1 gol selepas 90 minit) terkumpul dan cuma 2 yang berjaya dilakukan Portugal.

Fakta Perlawanan

Daripada 4 pertemuan terakhir mereka dalam kejohanan besar, Perancis telah menang 3 pertemuan. Semuanya dalam separuh akhir (Piala Eropah 1984 & 2000, Piala Dunia 2006).

Portugal adalah pasukan kedua paling panjang rentetan kekalahan ke di tangan Perancis dengan 10 streaks. Paling panjang setakat ini adalah Luxemborg (13).

Kemenangan terakhir Portugal adalah pada perlawanan persahabatan 1975.

Portugal cuma mampu menjaringkan 1 gol dalam 4 pertemuan terakhir dengan Perancis melalui penalti Ricardo Quaresma pada Oktober 2014.

Ini adalah perlawanan akhir kedua Portugal untuk kejohanan besar selepas Piala Eropah 2004.

Portugal setakat ini hanya diserang dengan 1 shots on target dalam final Piala Eropah dan mereka tewas kepada Greece.

Portugal menjadi pasukan yang paling banyak bermain dalam Piala Eropah (34 perlawanan) tanpa memenanginya.

Pasukan tempat ke-3 dalam kumpulan yang terakhir memenangi kejohanan besar adalah Argentina (Piala Dunia 1990)  dan Itali (Piala Dunia 1994).

Fernando Santos masih belum tewas dalam 13 perlawanan berturut turut selepas mengambil alih Portugal.

Santos menang 9 perlawanan dan seri 4 perlawananan.

8 daripada 9 perlawanan adalah kemenangan single margin gol.

Perlawanan menentang Wales hanya l kemenangan lebih daripada margin 1 gol setakat ini.

Hanya Poland sahaja yang berjaya membolosi Portugal di peringkat kalah mati Piala Eropah 2016 setakat ini.

Perancis berpeluang menjadi pasukan pertama memenangi kejuaraan besar di tempat sendiri untuk kali ke-3 berturut-turut selepas Piala Eropah 1984 dan Piala Dunia 1998.

Perancis tidak pernah tewas di Stade De France dalam kejohanan besar.

Perancis masih belum tewas dalam 18 perlawanan major mereka di tempat sendiri dengan 16 kemenangan dan 2 seri.

Kali terakhir mereka tewas di kejohanan besar di tempat sendiri adalah di tangan Czechslovakia (0-2) pada Julai 1960.

11 daripada 13 gol mereka dalam Piala Eropah 2016 adalah selepas minit ke-42.

Portugal menang 3 daripada 4 penalty shootout. Namun masih gagal menjaringkan penalti dalam masa perlawanan normal dalam mana mana 34 perlawanan Piala Eropah terakhir.

Didier Deschamps boleh menjadi manusia kedua memenangi kejohanan besar sebagai pemain dan jurulatih selepa Berti Vogts.



Perkembangan Pasukan

Kedua dua pasukan bebas daripada sebarang penggantungan.

William Carvalho akan kembali selepas menjalani penggantungan.

Pepe dikhabarkan masih bertarung untuk pulih menjelang perlawanan akhir.

Beliau berlatih berasingan untuk cuba melepasi penilaian terakhir.

Pemain Tumpuan

Antoine Griezmann vs Cristiano Ronaldo


Pertarungan 2 magnificient sevens ini adalah tumpuan.

Ini kali kedua berturut-turut di pentas Eropah selepas Final Champions League.

Karakter Pasukan

Perancis

  • Serangan dari kiri
  • Aktif di zon 14
  • Mencipta peluang melalui hantaran lintang
  • Efektif dalam counter attack
  • Pertahanan yang on form
  • Menguasai kawasan tengah padang

Portugal

  • Serangan dari kanan
  • Tidak ada formasi yang konsisten
  • Mencipta peluang melalui hantaran lintang
  • Bermain dengan sistem false 9
  • Pertahanan yang on form
  • Ancaman daripada bola mati

Sebelum Wisel

Ia adalah perlawanan akhir yang dinantikan semua.

Perlawanan yang bukan sekadar untuk Cristiano Ronaldo vs Griezmann.

Pertahanan kedua dua pasukan setakat ini beraksi baik dalam Piala Eropah kali ini.

Perancis memiliki tenaga yang tinggi di bahagian center circle dan juga di bahagian sayap.

Mereka juga memiliki game changer seperti Dmitri Payet dan Kingsley Coman.

Portugal pula semakin meningkat dalam permainan berpasukan.

Pemain seperti Nani dan Renato Sanches adalah ancaman sekunder selepas Ronaldo.

Mereka juga memiliki playmaker Andre Gomes yang mampu mengawal tempo perlawanan.

Perancis adalah pasukan pilihan untuk final kali ini.

Namun Portugal boleh menggunakan status under dog untuk mengurangkan tekanan secara mental.

Siapa akan juara?

Baca juga: Cristiano Ronaldo v Griezmann; Statistik Yang Anda Perlu Tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram