Previu El Clasico: 5 Pertembungan Individu Yang Perlu Diberi Perhatian

El Clasico

Saingan pusingan pertama untuk El Clasico akan mengambil tempat pada malam ini jam 9.45 malam waktu Malaysia.

Siapakah yang bakal menang? Permusuhan bola sepak terutama di Sepanyol dan dunia ini pastinya akan menjadi tumpuan dunia malam ini.

Memang benar bola sepak adalah permainan berpasukan, namun begitu ada perlawanan yang boleh diselesaikan dengan kehebatan individu.

Oleh itu, kami berikan 5 pertembungan individu yang boleh anda tumpukan pada perlawanan malam ini. Jika semua pemain yang disenaraikan ini diturunkan oleh Zinedine Zidane dan Ronald Koeman, ianya pasti menarik untuk ditonton!

Thibaut Courtois lawan Neto

Courtois sudah mula mendapatkan rentaknya sebagai penjaga gol utama Real Madrid dan prestasinya itu jelas sekali dibawa dalam dua perlawanan liga yang lalu menentang Real Sociedad dan Levante.

Walaupun mengalami hari sukar dalam perlawanan menentang Shaktar Donestk, perlawanan menentang bagi Barcelona ini boleh dijadikan platform terbaik beliau untuk kembali menyengat di gawang gol.

Sementara bagi Neto, prestasi semasa yang baik ditonjolkan beliau membuatkan Koeman mungkin memainkan beliau pada perlawanan malam ini.

Merakam nirbolos (clean sheet) menentang Celta Vigo dan Villareal, prestasi Neto jelas sekali tidak menggusarkan Koeman disaat Marc-Andre ter Stergen masih lagi cedera.

Alvaro Odriozola lawan Jordi Alba

Jadual padat La Liga jelas sekali merentap setiap pasukan hingga menyebabkan ada beberapa pemain yang mengalami kecederaan.

Hal ini dapat dilihat di bahagian pertahanan sisi kedua-dua pasukan apabila Real Madrid kehilangan Dani Carvajal dan Alvaro Odriozola manakala Jordi Alba serta Junior Firpo pula untuk Barcelona.

Kecederaan keempat-empat pemain tersebut jelas sekali menyukarkan Zidane dan Koeman untuk merencana serangan dari bahagian pertahanan sisi.

Berita baik buat mereka, Odriozola dan Alba dilihat semakin cergas dan boleh untuk dibawa untuk ke perlawanan ini. Jika semuanya baik, kita dapat saksikan pertarungan antara dua pemain ini di bahagian tepi padang.

Martin Odergaard lawan Philippe Coutinho

Segar dari proses pinjaman di Real Sociedad dan Bayern Munich musim lalu, Odergaard dan Coutinho dianggap sebagai ‘pembelian baharu’ buat kedua-dua pasukan.

Prestasi cemerlang Odergaard pada tempoh pinjaman musim lalu kini terus dibawa ke musim baharu dan beliau kini menjadi pemain sandaran Zidane di kesebelasan utama walaupun baru berusia 21 tahun.

Beliau kini terus menjadi muka tetap dalam skuad Real Madrid di bahagian tengah, dan El Clasico bakal jadi ujian terbesar Odergaard dalam karier Los Blancosnya.

Sementara bagi Countinho, peluang kedua yang diraihnya di Barcelona jelas sekali digunakan sebaiknya untuk memacu semula karier Nou Campnya yang hampir musnah.

Koeman memberikan jaminan yang Coutinho wujud dalam perancangannya, dan ianya dibalas dengan persembahan baiknya terutamanya di bahagian tengah.

Federico Valverde lawan Frenkie De Jong

Dua pemain tengah muda ini jelas sekali merupakan antara muka-muka harapan pengurus masing-masing.

Di mata Zidane, Valverde jelas sekali pilihan lebih ideal berbanding Luka Modric dan ini dapat dilihat apabila pengurus itu menggunakan pemain muda tersebut dalam dua perlawanan El Clasico pada musim lalu.

Sementara bagi De Jong, beliau yang merupakan pemain utama Koeman sewaktu menjadi jurulatih Belanda sekali lagi menjadikan bintang muda itu sebagai pilihan untuk mengemudi bahagian tengah dengan kualiti teknikal yang ada padanya.

Kedua-dua pemaim ini belum lagi diuji sebaiknya dalam perlawanan sebesar ini dan kita akan saksikannya malam ini.

Lionel Messi lawan Karim Benzema

Kedua-dua pemain ini adalah orang lama dalam perlawanan ini dan tidak hairan mereka dianggap ancaman terbesar bagi lawan masing-masing.

Messi menjadi pemain yang mempunyai rekod jaringan terbanyak dalam sejarah El Clasico dengan 18 gol dari 27 perlawanan. Rekod itu sudah cukup untuk memberikan peringatan kepada Real Madrid betapa bahayanya beliau dalam perlawanan ini.

Sementara bagi Benzema, jaringan El Clasico terakhirnya hadir pada 2014, satu kemarau yang panjang buat penyerang sepertinya.

Kini tidak lagi dibayangi Cristiano Ronaldo, inilah masanya untuk Benzema muncul dan tunjukkan kuasanya!

Menangi hadiah dari La Liga dengan menonton siaran langsung El Clasico!

Anda berpeluang untuk menenangi hadiah rasmi dari La Liga dengan mengikuti ulasan siaran langsung yang dibawakan terus dari laman Facebook kami.

Ulasan akan dibawakan oleh ketua editor kami, Ahmad Muzammil, Razeen Khalid dan dihoskan oleh Aysha Ridzuan.

Hadiah ini dibawa terus dari Madrid, Sepanyol tau, jadi jangan lupa tonton jam 9.45 malam ini!

La Liga El Clasico

Baca juga artikel kami mengenai El Clasico:

10 Tahun Di EPL, David Silva Mengaku Kekok Bermain Di La Liga

Thibaut Courtois: Jaga-Jagalah Dengan Eden Hazard Ketika El Clasico Nanti

De Jong & Valverde: Pertembungan Dua Jeneral Muda Di El Clasico

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN