Previu Derbi Barat Laut: Manchester United Mahu Tamatkan Rekod Tanpa Kalah Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Dua pasukan paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris akan bertemu dalam satu lagi aksi panas pada malam ini. Liverpool akan menjamu tetamu mereka Manchester United di Anfield.

Perlawanan ini sentiasa akan menjadi tumpuan seluruh dunia, walaupun apa sahaja pasukan mereka turunkan.

Liverpool menjamu United

Ini adalah kali pertama Liverpool melayan kunjungan Man United selepas menambah koleksi UCL dan Piala Dunia Kelab 2019.

Pertarungan ini tidak akan sama sekali bergantung kepada prestasi semasa. Sebab itu ia digelar derbi. Walaupun Man United bergelut dengan prestasi, namun Jurgen Klopp tahu, perlawanan derbi ada rasa yang berbeza.

Pemain yang lebih bersemangat, lebih ‘hati’ untuk menang pada malam ini akan menjadi perbezaan utama.

Liverpool masih belum kalah pada musim ini. Mereka juga sudah 38 perlawanan liga tanpa kekalahan dalam perlawanan liga.

United ada rekod unik

Namun harus diingat, Man United adalah pasukan yang menamatkan rekod tanpa kalah 49 perlawanan oleh Arsenal pada 2004 dan 40 perlawanan tanpa kalah oleh Chelsea setahun kemudian.

Sebab itu Jurgen Klopp dalam kenyataan medianya terbaru, menyatakan beliau tak mahu memikirkan soal prestasi semasa pasukannya dan juga pergelutan prestasi oleh Manchester United.

Prestasi Liverpool

Liverpool di puncak liga dengan 14 mata di atas Manchester City di tangga kedua. Liverpool masih ada baki 2 perlawanan berbanding City.

Liverpool menang 29 daripada 30 perlawanan liga terakhir mereka. Satu-satunya seri yang dicatatkan oleh The Reds adalah ketika bertandang ke Old Traffor berhadapan dengan Manchester United.

Kemenangan 1-0 Liverpool ke atas Spurs minggu lalu menjadikan mereka
pasukan mengutip mata paling banyak setakat ini di kalangan lima liga utama Eropah dengan 61 mata daripada 63 mata.

Prestasi United

Sebagai perbandingan, Manchester United telah tewas 11 kali dalam EPL sejak Liverpool kalah perlawanan terakhir mereka lebih setahun yang lalu.

Manchester United hanya menang 2 daripada 8 perlawanan terakhir mereka di tempat lawan dalam semua pertandingan. Dalam temppoh itu, Man United gagal menjaringkan 3 gol daripada 4 perlawanan terakhir di tempat lawan.

Manchester United kali terakhir tewas 3 perlawanan berturut-turut di Anfield adalah pada 1979.

Anfieled ketika ini menjadi salah satu tempat paling sukar untuk dikunjungi pasukan lawan. Mereka menang 18 perlawanan terakhir di Anfield, dalam aksi EPL.

Kali terakhir mereka tewas di Anfield dalam aksi EPL adalah pada April 2017.

Perkembangan pasukan

Kegusaran Man United adalah kehilangan Marcus Rashford. Ole Gunnar Solskjaer menyatakan mereka akan menilai dengan sebaik – baiknya situasi Rashford.

Liverpool menerima perkhabaran gembira di mana Joel Matip dan juga Fabinho kembali semula ke dalam pasukan mereka.

Fabinho berehat sejat Nivember. Dan Matip pula tersisih sejak September kerana kecederaan di lutut.

Sementara itu, Dejan Lovren, Naby Keita, dan James Milner, masih belum cergas.

Rumusan

Ini bukan perlawanan yang mudah, sentiasa bukan mudah untuk kedua dua pasukan. Hal ini kerana, sejarah pertemuan kedua-dua pasukan, apabila ada sebuah pasukan yang bergelut, masih boleh memenangi perlawanan ini.

Prestasi dan reputasi adalah dua perkara yang tidak akan dipandang dalam perlawanan panas ini.

Tekanan yang berbeza dan atmosfera yang berbeza.