Prestasi Safawi Jatuh Kerana ‘Chinggey’?

Dalam kegembiraan penyokong-penyokong JDT meraikan kemenangan ke atas Suwon Samsung Bluewings dalam aksi Liga Juara-Juara AFC pada malam tadi, kami turut diajukan beberapa soalan oleh penyokong.

Antaranya: “Mengapa prestasi Safawi Rasid tidak menyerlah?” Secara jujurnya, kami tidak mempunyai jawapan untuk soalan tersebut.

Pelbagai sebab boleh menjadi punca. Antaranya tekanan menentang salah sebuah pasukan gergasi Asia. Tetapi jika itu dijadikan alasan, maka ianya agak naif.

Safawi Rasid Thomas Vermaelen JDT Vissel Kobe ACL 2020
FOTO: JST

Safawi bukan calang-calang pemain. Beliau pernah beraksi menentang pemain dan pasukan yang lebih gah berbanding Suwon Bluewings.

Malah Safawi juga pernah beraksi dalam perlawanan yang dipenuhi tekanan dan atmosfera yang tegang di mana kemenangan itu wajib.

Pagi ini perkongsian paparan cerita pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencuri tumpuan.

Walaupun tidak menyatakan secara terus pemain yang dimaksudkan, rata-rata penyokong bola sepak boleh meneka siapakah yang dimaksudkan oleh baginda.

Berdasarkan perkongsian TMJ, desakan daripada teman wanita Safawi untuk berkahwin telah menjadi penyebab mengapa prestasi pemain itu sedikit merosot sejak permulaan musim ini.

“Kemaruk sangat paksa ‘boyfriend’ kahwin. Beri tekanan setiap hari suruh ‘boyfriend’ kahwin pasal takut terlepas, ‘boyfriend’ kaya, popular.

“Satu keluarga kemaruk cari lelaki kaya dari dulu. Patut makin hancur ‘performance’ budak ini. Kepala dah tak ada dalam padang,” kata Tunku Ismail di laman sosial Instagramnya.

“Tidak ada sesiapa yang lebih besar daripada kelab. Kalau kepala dah tak boleh fokus pasal asyik kena ‘pressure’ setiap hari di paksa kahwin. Semoga maju jaya.Dalam hidup ada manusia bawa rezeki ada manusia bawa s***.”

Dalam posting berlainan, Tunku Ismail turut menasihatkan wanita dengan singkatan nama S.M itu supaya tidak mengambil kesempatan ke atas Safawi.

“Kekasih anda sepatutnya bukan tempat untuk mendapatkan duit tetapi ia dibina atas perhubungan bukannya suatu pekerjaan. Faham tak S M?”

Pada musim ini JDT telah mengharungi tiga perlawanan kompetitif. Tewas 5-1 kepada Vissel Kobe di ACL 2020, JDT bangkit menewaskan Kedah 1-0 di perlawanan CIMB Piala Sumbangsih, dan malam tadi menewaskan Suwon Samsung Bluewings 5-1 di Stadium Sultan Ibrahim.

Dalam tiga aksi tersebut, prestasi Safawi boleh dianggap jauh dari kebiasaan seperti yang ditampilkan oleh beliau pada musim lalu.

Apa-apa pun kita berharap prestasi Safawi kembali dan mampu beraksi lebih baik lagi selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN