Prestasi Real Madrid Semakin Merudum, PSG Menjadi Penentu Nasib Zidane

Nasib Zinedine Zidane selaku pengurus pasukan Real Madrid seperti telur di hujung tanduk ketika ini. Hal ini kerana gergasi Sepanyol itu telah mempamerkan prestasi terburuk mereka sepanjang musim 2017/2018.

Terbaharu, Real Madrid terpaksa mengigit jari selepas mereka tersingkir pada pusingan keempat Piala Copa del Rey apabila tewas mengejut keatas Leganes pada perlawanan suku akhir pusingan kedua bagi kedua-dua pasukan.

Pada perlawanan yang berlangsung di Santiago Bernabeu itu, Real Madrid tewas 1-2 keatas Leganes.

(Photo by fotopress/Getty Images)

Kekalahan mengejutkan dihalaman sendiri itu membuatkan pengurus kelahiran Perancis tersebut bakal berhadapan detik sukar, apabila jawatannya sebagai pengurus di Real Madrid pastinya bakal tergugat.

Sebelum ini, Zidane pernah memaklumkan bahawa nasib dirinya sebagai pengurus Real Madrid masih tidak pasti, sama ada akan terus dikekalkan atau dipecat.

Tetapi dirinya mengakui, segalanya bakal terjawab selepas berakhir perlawanan pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah menetang Paris Saint-Germain (PSG) di Santiago Bernabeu pada pertengahan bulan Febuari nanti.

Semestinya, ini adalah cabaran terbesar dalam karier Zinedine Zidane sebagai pengurus pasukan.

Ketika ditemu bual Soccerway mengenai pertemuan dengan PSG sebagai menentu nasibnya di Madrid, ini jawapan Zidane : “Tentu sahaja, ianya jelas seperti semua fikirkan”

“Diundi bertemu PSG bukan satu perkara yang mudah bagi kami ketika ini, tetapi apa yang akan kami hadapi, saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk mereka”

“Jika apa sahaja yang berlaku, saya harus bertanggungjawab terhadap prestasi Madrid, saya sebagai pengurus. Jadi saya harus mencari jalan untuk menghadapi situasi sukar ini.”

Sebelum berakhir perlawanan Copa del Rey semalam, isu pemecatan Zidane sebagai pengurus Los Blancos sudah lama menjadi perbualan media disana. Kontrak Zidane bakal berakhir pada musim 2017/2018. Tidak ada perjanjian kontrak baharu buatnya untuk terus bersama Real Madrid.

Jika prestasi Real Madrid masih merundum dalam beberapa perlawanan selepas ini, pasti hasrat Zinedine Zidane untuk terus mengendali pasukannya itu sehingga akhir musim ini tidak menjadi kenyataan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN