Prestasi Melaka United Belum Puaskan Zainal

Zainal Abidin Hassan Melaka United Liga Super 2020

Pengendali skuad Melaka United, Zainal Abidin Hassan masih belum berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh anak-anak buahnya ketika dalam aksi pra-musim.

Menurut laporan Sinar Harian, Zainal mengatakan persembahan cemerlang Melaka United membelasah Negeri Sembilan dengan jaringan 5-0 dalam siri perlawanan pra-musim bukanlah persembahan yang ditonjolkan oleh kesebelasan utamanya.

“Dalam perlawanan itu saya tidak menurunkan kesebelasan utama saya. Saya akan menurunkan mereka apabila Melaka United menjalani aksi pra-musim di Indonesia kelak.”

Bagi Zainal, walaupun sudah berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang menentang Negeri Sembilan, beliau menganggap masih ada yang perlu diperbaiki oleh pasukan Melaka United menjelang sepak mula Liga Super 2020.

“Prestasi yang ditunjukkan mereka masih belum mencapai apa yang saya mahukan. Akan tetapi, saya masih puas hati dengan apa yang ditonjolkan oleh para pemain.”

Melaka United tempoh hari menewaskan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi dengan Uche Agba menjaringkan dua gol serta Sony Norde merakamkan hatrik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN