Kecewa Dengan Pengurusan Stadium, Presiden Napoli Mahu Beli Kelab England

Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis berkata beliau sedang mengintai peluang untuk membeli sebuah kelab bola sepak di England.

De Laurentiis baharu sahaja melengkapkan pembelian kelab bola sepak Bari pada awal tahun ini – dikatakan sedang kecewa mengenai isu-isu yang berkaitan dengan gelanggang milik Napoli, Stadium San Paolo.

Kekecewaan De Laurentiis

Stadium tersebut dimiliki oleh bandar Napoli, dan De Laurentiis merancang untuk melakukan ubah suai. Namun jika beliau tidak dibenarkan memiliki stadium tersebut, beliau merancang untuk membina stadium lain di bahagian lain di Itali.

Malah De Laurentiis turut mengugut akan mengadakan perlawanan UEFA Champions League membabitkan Napoli di Bari. Situasi tersebut turut mendorong beliau untuk membeli sebuah lagi kelab bola sepak di luar Itali.

(Photo by Francesco Pecoraro/Getty Images)

“Saya sedang berusaha untuk membeli sebuah lagi kelab. Mungkin di England,” ujar beliau kepada Gazzetta dello Sports. “Ini adalah sebuah projek yang sedang dilakukan,” tambah beliau lagi seperti yang dipetik daripada ESPN.

De Laurentiis juga berkata beliau tidak yakin mampu membawa apa-apa perubahan lagi kepada Napoli setelah niat untuk melakukan pengubahsuaian kepad stadium dihalang. Kali terakhir gelanggang tersebut dilakukan pengubahsuaian ialah sebelum Piala Dunia 1990.

Pengurusan bermasalah

Musim ini sahaja, kerana lambat untuk memasang tempat duduk baharu menyebabkan Napoli kehilangan penjualan beberapa pas bermusim.

“Pengurusan stadium memberikan kelab ini masalah cukup besar,” jelas Laurentiis lagi.

(Photo by Maurizio Lagana/Getty Images)

“Apabila saya menhetahui PSG membayar €1 juta setahun untuk menyewa Parc des Princes, saya sedar Napoli berada jauh di belakang.

“Hanya dengan 47,000 tempat duduk, mereka memperolehi keuntungan €100 juta setahun. Napoli tidak pernah melangkaui keuntungan €17-€18 juta setahun kerana tiada apa yang boleh kita lakukan terhadap San Paolo.

San Paolo terbiar

“Bandar ini tidak pernah melakukan apa-apa mengenai San Paolo sejak 1990. Tidak ada siapa tampil mengambil tanggungjawab. Akhirnya kami yang menggunakan sebuah stadium bukan sahaja berwajah buruk, tetapi macam nak runtuh. Hujan pun anda boleh melihat kebocoran di serata stadium.

“Saya yakin terdapat berjuta-juta skru tidak pernah dilakukan pemeriksaan di stadium ini, namun mereka masih menuntut bayaran €1.8 juta setahun untuk kami menggunakan stadium ini.

(Photo by Getty Images/Getty Images)

“Jika ia terpulang kepada saya, sudah lama saya bina stadium lain di tempat lain, namun ada banyak perkara lain yang perlu diambil kira sebagai pertimbangan.

“Segala peluang untuk melakukan perniagaan di sini telah gagal. Pusat membeli belah pun tutup. Begitu juga panggung wayang yang terletak berhampiran.

“Saya sudah tidak tahu bagaimana untuk memastikan keuntungan dari stadium seperti ini setiap hari. Mungkin selepas ini saya terpaksa buka pusat karaoke di sini.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram