Presiden Inter Milan Yakin Cristiano Ronaldo Mampu Ubah Bola Sepak Itali

Bukan satu ancaman sebaliknya bakal memberi impak positif  kepada bola sepak Itali secara keseluruhan..

Demikian pendapat yang diberikan presiden Inter Milan, Erick Thohir selepas mendapat berita mengenai penghijrahan bintang sensasi, Cristiano Ronaldo ke Juventus.

Erick Thohir percaya perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus pada musim panas ini akan membawa impak positif untuk kemajuan bola sepak di Itali.

Inter President Erick Thohir believes the arrival of Cristiano Ronaldo “will benefit Serie A as well as Juventus

Selepas mengukir kejayaan gemilang bersama Real Madrid, Ronaldo akhirnya memilih untuk berhijrah mencari kelab baru dan Itali dipilih sebagai destinasi terbaru beliau.

Juventus sangat bertuah kerana menjadi pilihan bintang Portugal itu, sedangkan sebelum ini banyak lagi pasukan hebat di Eropah berebut-rebut untuk mendapat pemain berusia 33 tahun tersebut.

“Saya rasa begitu.” jawab Thohir apabila beliau ditanya soalan mengenai impak kehadiran Ronaldo di Serie A.

“Di sekitar tahun 1990an, semua orang amat mengkagumi kehebatan Serie A.”

“Sekarang, semuanya sudah berlalu, dunia lebih berminat untuk menyaksikan persaingan hebat di Premier League dan La Liga.”

“Sudah tiba masanya, Serie A perlu bersaing hebat dengan liga-liga yang lain.”

Thohir sempat membuat perbandingan di antara saingan La Liga dan Serie A.

“Di Sepanyol (La Liga) hanya terdapat tiga kelab sahaja yang mendominasi saingan tersebut.”

“Jika hendak dibandingkan dengan Itali ketika ini, terdapat hampir enam hingga tujuh pasukan yang mampu bersaing hebat merebut gelaran juara Serie A. Sudah tentu ianya amat rumit dan lebih menarik untuk disaksikan.”

Thohir yang menjadi Presiden Inter Milan sejak 2013 berkata, beliau tidak menafikan kehadiran pemain-pemain bintang dalam sesebuah saingan liga mampu menaikkan populari liga tersebut.

“Beberapa pemain terbaik di dunia sedang bermain di Premier League. Di Sepanyol pula sebelum ini ada Cristiano Ronaldo,  Lionel Messi dan Antoine Griezmann”

PSG striker Edinson Cavani is reaping the benefits of playing alongside Neymar and Kylian Mbappe and expects the trio to be better in 2018.

“Sementara Perancis mula dibanjiri dengan kehadiran bintang-bintang terbaik di dunia yang beraksi dalam saingan Ligue 1 seperti Neymar, Kylian Mbappé, Edison Cavani, Radamel Falcao dan Nabil Fekir.

Kehadiran Ronaldo daya penarik pelabur ke Itali 

Thohir amat yakin, kehadiran Ronaldo bakal memberi impak positif bukan sahaja kepada Juventus tetapi juga kepada kelab-kelab lain di Serie A.

“Apa yang pernah saya bicarakan pada 2013 akan menjadi satu kenyataan. Kehadiran pemain bintang mampu menarik minat pelabur-pelabur luar untuk melabur di Liga Itali.”

“Setelah kedatangan saya, AS Roma telah mengumumkan kehadiran James Pallotta sebagai presiden baru mereka.”

“Joey Saputo sebagai Presiden Bologna dan sekarang AC Milan bakal mengumumkan presiden baru dari Amerika bagi menggantikan Li Yonghong” kata Thohir.

“Sekali lagi saya katakan, kehadiran Ronaldo akan membuka lembaran baru buat bolasepak di Itali.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN