Presiden Gabon Gesa Pierre-Emerick Aubameyang Tinggalkan Arsenal

Pierre-Emerick Aubameyang

Kapten Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dinasihatkan oleh ketua negara untuk meninggalkan pasukan tersebut – lapor Sky Sports.

Menurut Presiden Gabon, Pierre Alain Mounguengui menggesa Aubameyang untuk meninggalkan Arsenal dan mencari pasukan yang beraksi dalam saingan UEFA Champions League (UCL).

Pada hemat Mounguengui, Arsenal bukanlah kelab yang tepat untuk Aubameyang untuk mencapai cita-citanya.

“Saya bukanlah nak cakap Arsenal tidak mempunyai cita-cita, tetapi cita-cita mereka tidak setinggi kelab-kelab lain di Eropah.”

“Jadi jika Aubameyang menyertai pasukan lain, beliau pastinya akan ada tempat di pasukan itu.”

Aubameyang kini bakal memasuki tahun terakhiri bersama Arsenal dan kontraknya akan tamat pada akhir 2020/2021.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta dilihat begitu serius mahu mengikat ketua pasukannya itu daripada pergi ke pasukan lain sebagai perpindahan percuma.

Aubameyang setakat ini tidak pernah berjaya memenangi sebarang kejuaraan bersama Arsenal, dan Presiden Gabon menganggap ianya merupakan satu kegagalan secara kolektif.

“Aubameyang adalah pemain bertaraf dunia, dan untuk pemain bertaraf itu untuk tidak memenangi sebarang kejuaraan, bola sepak itu adalahpermainan berpasukan.”

“Ketika ini, beliau di Arsenal dan belum menang apa-apa lagi. Jadi ianya adalah kegagalan secara kolektif.”

Baca juga artikel kami mengenai Aubameyang:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply