Presiden FAM Ucap Tahniah, Mahu Semua Pasukan Teruskan Musim Yang Hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Musim 2017 bagi Liga Malaysia nyata adalah musim yang cukup menarik setakat ini.

Kita disajikan dengan pelbagai perkara termasuk jaringan-jaringan cantik, perlawanan menarik malah tak kurang juga insiden kontroversi di dalam mahupun di luar padang.

Memasuki separuh perjalanan liga dengan Piala FA Malaysia hanya 2 fasa sahaja lagi bakal dihabis dan selepas itu Piala Malaysia bakal muncul, Presiden FAM nyata berpuas hati kerancakan Liga Malaysia musim ini buat masa sekarang.

Menerusi laman Facebook FAM, Presiden FAM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kesemua pasukan termasuk 4 pasukan yang berjaya layak ke separuh akhir Piala FA Malaysia 2017.

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang berjaya layak ke peringkat Separuh Akhir Piala FA 2017. Kepada pasukan yang tidak berjaya, cuba lagi tahun hadapan.”

Musim ini menyaksikan Pahang, Kedah, Negeri Sembilan dan juga Terengganu ke saingan separuh akhir dengan juara baharu dapat disaksikan selepas JDT yang merupakan juara bertahan tersingkir di suku akhir.

Negeri Sembilan antara pasukan yang mara ke separuh akhir Piala FA Malaysia musim ini. Foto: PBNS

Dalam masa yang sama, Presiden FAM juga berpuas hati dengan tahap kompetitif yang ditonjolkan oleh semua pasukan.

Musim ini kita dapatkan saksikan permainan setiap pasukan yang cukup menarik, baik dan memberikan saingan yang sengit pada setiap pertandingan.”

Setiap pasukan sentiasa memberikan aksi yang terbaik dan ia satu tanda positif untuk meningkatkan mutu liga Malaysia.”

Di akhir kenyataan, Presiden FAM mengucapkan semoga berjaya kepada semua pasukan dengan harapan agar prestasi cemerlang ini dapat diteruskan untuk bertahun-tahun lamanya.

Saya ucapkan selamat berjaya kepada semua pasukan dan teruskan musim yang hebat ini untuk tahun-tahun yang akan datang.”

Baca juga: Tiba-Tiba Tidak Hadir Berlatih, Pemain Kebangsaan Republik Czech Ini Ditemui Dalam Keadaan Tragis