Presiden FAM Menghadap Yang di-Pertuan Agong Bincang Perkembangan Skuad Kebangsaan

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin semalam telah menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Menurut kenyataan di laman facebook FAM, antara perkara yang dibincangkan bersama Yang di-Pertuan Agong ialah perkembangan Peta Hala Tuju F:30 yang dilancarkan pada 31 Oktober tahun lalu dan perancangan membina ibu pejabat baharu FAM serta pusat latihan kebangsaan yang lengkap di Putrajaya.

FOTO: FAM

Selain itu, mereka turut berbicara mengenai persiapan skuad kebangsaan bagi menghadapi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, September nanti.

Malah, projek naturalisasi yang merupakan antara usaha jangka masa pendek, sederhana dan panjang juga menjadi topik perbualan mereka dalam melonjakkan standard skuad kebangsaan tanpa mengetepikan program-program pembangunan yang sedia ada.

Dato’ Haji Hamidin juga memohon pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah mengenai perancangan FAM memandangkan baginda berpengalaman luas dalam bola sepak tempatan dan antarabangsa termasuk menggalas tugas selaku Presiden FAM dari 2014 hingga 2017.

Seri Paduka Baginda juga pernah terlibat sebagai anggota jawatankuasa dalam pelbagai kejohanan yang disokong Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sejak 1994.

Antaranya ialah anggota Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Bola Sepak Olimpik FIFA (1994-1998); Jawatankuasa Fairplay dan Tanggungjawab Sosial (1994-2002); Jawatankuasa Strategik (1998-2002); serta Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan bagi tempoh 1999-2002 dan 2007-2012.

Sultan Abdullah juga terlibat dalam Jawatankuasa Etika (1999-2002); Jawatankuasa Penganjur Piala Konfederasi FIFA (2002-2007); Jawatankuasa Bola Sepak (2012-2017); Jawatankuasa Penganjur Piala Dunia FIFA; Jawatankuasa Penganjur Piala Dunia FIFA B-20 dan Jawatankuasa Persatuan Anggota (2015-2017).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN