Premier League Wajar Dikenakan Cukai Khusus Untuk Pembangunan Akar Umbi

Premier League iaitu badan penganjur Liga Perdana Inggeris sepatutnya dikenakan cukai untuk membantu menambakbaik kemudahan bola sepak di peringkat pembangunan.

Perkara itu dinyatakan oleh bekas Pengerusi Football Association (FA), David Bernstein berikutan kegagalan rancangan untuk menjual Stadium Wembley.

. (Photo by Matt Cardy/Getty Images)

Sebelum ini pemilik Fulham, Shahid Khan menawarkan £600 juta untuk stadium tersebut, namun kemudiannya menarik diri dari rancangan pembelian selepas timbul pelbagai pendapat mengenai pemilikan stadium kebanggan The Three Lions itu.

Pihak FA berkata hasil jualan Stadium Wembley sepatutnya digunakan untuk melabur di dalam pembangunan kemudahan bola sepak akar umbi di seluruh negara.

“Ia adalah sesuatu yang memalukan seluruh negara ini,”ujar Bernstein ketika bercakap kepada BBC Radio 5.

Fulham Owner and Chairman Shahid Khan during the Barclays Premier League match at Craven Cottage, London. (Photo by Phil Cole/PA Images via Getty Images)

“Kita tidak mempunyai cukup wang untuk perkara asas di dalam bola sepak. Perkara mengenai pembangunan akar umbi sentiasa diabaikan.

“Di negara ini, ia tidak seimbang,” ujar Bernstein merujuk kepada penekanan yang terlalu berpaksikan keuntungan di dalam bola sepak Inggeris.

“Pihak Premier League ada menyalurkan dana untuk bahagian-bahagian lain di dalam bola sepak, tetapi ia jauh dari mencukupi.

“Jadi pada pendapat saya, Premier League harus dikenakan cukai. Hasil kutipan akan disalurkan kepada FA sebelum ianya diperuntukkan kepada bahagian-bahagian yang memerlukan.

“Jika ini berlaku, maka Stadium Wembley tidak perlu dijual.

“Anda boleh memanggil ia cukai Premier League. Ini adalah isu utama di dalam bola sepak di sini. Ia sesuatu yang perlu dikaji, dan dinilai oleh pihak kerajaan untuk dilaksanakan,” tambah Berstein lagi

Sejak 2000, Premier League telah membelanjakan £216 juta untuk projek pembangunan melalui Yayasan Bola Sepak.

Namun jumlah itu adalah kurang daripada 3% daripada nilai £8.4 billion yang diperolehi oleh badan itu untuk tempoh 2016-2019.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram