Premier League: VAR Selamatkan Maruah Manchester United

Manchester United turun menentang Everton tanpa beberapa pemain utama. Di bahagian pertahanan, Ole Gunnar Solskjaer kehilangan khidmat Harry Maguire. Tatkala pemain seperti Paul Pogba dan Cristiano Ronaldo sekadar berada di bangku pemain simpanan pada permulaan perlawanan.

Separuh masa pertama menyaksikan Manchester United mendominasi babak awal pemainan dengan hantaran-hantaran pendek dan pantas sesama pemain.

Juara Liga Perdana Inggeris sebanyak 20 kali itu hampir mendahului perlawanan pada minit ke-21 perlawanan melalui tandukan penyerang Uruguay, Edinson Cavani apabila pemain itu cemerlang menyambut hantaran Bruno Fernandes.

Namun demikian penjaga gol Everton, Jordan Pickford cemerlang menampan keluar tandukan tersebut untuk menafikan jaringan pertama Cavani pada musim ini.

Everton turut memiliki beberapa peluang menuju pertengahan pada babak pertama perlawanan dan ketika perlawanan menjadi semakin rancak dan seimbang.

Minit ke-33 perlawanan misalnya, percubaan Demarai Gray ditampan David de Gea, manakala percubaan separa voli Abdoulaye Doucouré tiga minit kemudian berjaya dihadang oleh Aaron Wan-Bissaka.

Manchester United kemudiannya berada di hadapan pada minit ke-43 perlawanan apabila melalui satu gerakan, hantaran pendek Bruno Fernandes menemui Anthony Martial yang tidak dikawal, dan pemain dari Perancis itu tidak membazirkan peluang terhidang dengan rembatan kencang menewaskan Pickford.

Jaringan pertama Martial pada musim ini itu membenaran Manchester United mendahului 1-0 pada babak pertama perlawanan.

Babak kedua perlawanan menyaksikan Manchester United mengeluarkan Edinson Cavani dan Anthony Martial. Masuk menggantikan dua pemain tersebut ialah Jadon Sancho dan Cristiano Ronaldo.

Pertukaran tersebut bagaimanapun tidak menghalang Everton menghukum Manchester United dengan serangan balas pantas yang disudahkan Abdoulaye Coucoure pada minit ke-65 perlawanan untuk kedudukan terikat 1-1.

Manchester United terus mengawal perlawanan namun gagal menembusi pertahanan Everton yang dikawal ketat.

Minit ke-85 perlawanan Old Trafford tiba-tiba senyap apabila Everton menjaringkan gol kedua perlawanan.

Mujurlah VAR membatalka gol tersebut selepas itu. Kedudukan terikat 1-1 sehingga wisel penamat dan Manchester United terus hilang mata lagi.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply