Premier League Ikut Bundesliga Wujudkan Bunyi Suasana Stadium

Jurgen Klinsmann Premier League

Dengan saingan Premier League (PL) bakal disambungkan semula dalam masa yang tidak akan lama lagi, pelbagai persiapan sedang dirangka untuk menjadikan liga itu tetap rancak walaupun tanpa kehadiran penyokong.

Terkini, penyiar rasmi PL di England iaitu Sky Sports akan bekerja sama dengan pembangun permainan video FIFA 20 iaitu EA Sports untuk mendapatkan rakaman audio sorakan penyokong di dalam stadium.

Menurut laman The Verge, inisiatif yang dilakukan oleh Sky Sports itu bertujuan untuk ‘menghidupkan’ lagi suasana perlawanan liga dan apa yang dilakukan oleh mereka ini adalah sama seperti yang dibuat oleh Bundesliga.

Menurut Sky Sports, inisiatif yang dibawa mereka akan dibuat secara pilihan sama ada penonton mahu menonton perlawanan dengan bunyi penyokong atau tidak.

“Tujuan perkara ini dibuat adalah untuk mewujudkan suasana perlawanan PL ketika dilangsungkan.”

Satu lagi penambahan yang bakal dibawa oleh Sky Sports adalah kebolehan untuk penonton mereka menyaksikan perlawanan bersama-sama rakan dalam talian.

Penonton boleh memilih untuk menonton mana-mana perlawanan pilihan bersama rakan mereka di dalam satu ‘bilik’ atau room dan berinteraksi antara satu sama lain ketika perlawanan beraksi.

“Dengan ketiadaan sukan selama hampir dua bulan, kami menghabiskan banyak masa berfikir macam mana hendak siarkan perlawanan dengan cara baharu sambil mengumpulkan semua penyokong walaupun tidak boleh bertemu secara berdepan.”

“Kami mahu semua penonton Sky Sports untuk masih berasakan pengalaman menyaksikan perlawanan yang terbaik walaupun mereka tidak boleh ke stadium atau menyaksikan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan,” ujar Rob Webster, pengarah urusan Sky Sports.

Saingan PL bakal kembali pada 17 Jun dengan perlawanan pembukaan melibatkan Aston Villa menentang Sheffield United dan Manchester City menentang Arsenal.

Baca juga artikel kami mengenai Premier League:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram