Prebiu Taktikal Piala Asia 2015: Oman

Paul Le Guen adalah antara jurulatih yang berpengalaman di Piala Asia kerana pernah memimpin beberapa pasukan kebangsaan Asia Barat dalam kejohanan ini.

Jadi Oman mempunyai sebab untuk merasakan mereka boleh melangkah melepasi peringkat kumpulan Piala Asia buat kali pertama.

Barisan pemain

oman

Kekuatan

Kekuatan ketara Oman adalah disiplin pertahanan mereka yang cemerlang. Mereka hanya bolos satu gol semasa pusingan kelayakan Piala Asia 2015 yang lepas (dan gol tersebut hadir pada perlawanan penentuan).

Secara taktikalnya, mereka bermain dalam sistem 4-4-2 yang ringkas tetapi kompak. Mereka bertahan sebagai satu pasukan, bekerja keras untuk meminimumkan ruang antara barisan pertahanan dan barisan tengah. Taktik ini selalu digunakan oleh Diego Simeone di Atletico Madrid.

Oman - Asian Cup 2015 - Football tactics and formations

Pemain sayap mereka rajin turun untuk membentuk second bank of four bersama-sama dengan midfield tengah, dan Le Guen mengarahkan penyerangnya untuk turun membantu midfield tengah. Ketika bertahan, dua pemain sayap mereka begitu rapat dengan dua pemain midfield tengah mereka, sehinggakan Oman kelihatan seperti bermain dengan 4 pemain midfield tengah. Dan, selalunya Oman tidak akan memulakan pressing selagi bola tidak melepasi garisan tengah padang kubu mereka.

Contoh bagaimana Oman bertahan dalam sistem 4-4-2. Garisan putin menggabungkan pertahanan, garisan kuning menggabungkan pemain tengah (Sumber: BeIn Sports HD)
Contoh bagaimana Oman bertahan dalam sistem 4-4-2. Garisan putin menggabungkan pertahanan, garisan kuning menggabungkan pemain tengah (Sumber: BeIn Sports)

Diletakkan satu kumpulan dengan Australia dan Korea Selatan, strategi taktikal ini tidak akan berubah.

Kelemahan

Walaupun Oman mempunyai pertahanan yang kukuh, mereka juga mempunyai kelemahan.

Full backs mereka gemar melakukan man marking kepada pemain sayap pasukan lawan untuk mengelakkan pemain sayap lawan bebas mencipta peluang. Tetapi apabila menentang pemain sayap yang laju (seperti Korea Selatan yang mempunyai Son Heung-Min dan Australia yang mempunyai Matthew Leckie) yang boleh menewaskan full backs mereka dalam situasai one-on-one, pertahanan tengah Oman, Abdul Salam cenderung untuk keluar dari posisinya dan meninggalkan pasangannya, Mohammed Al-Musalami keseorangan. Abdul Salam gemar melakukan diving tackle dan lawan Oman mungkin akan mengambil kesempatan untuk mengeksploit kelemahan Oman ini.

Struktur pertahanan yang berdisiplin membantu penjaga gol dan kapten Oman, Ali Al-Habsi untuk menjaga kubu Oman daripada dibolosi. Dikenali di Wigan dan berupaya menyelamatkan percubaan bahaya lawan, Al-Habsi yang sudah membuat 92 penampilan untuk negaranya sejak debut pada umur 17 tahun boleh menjadi duri dalam daging buat penyerang pasukan lawan.

Ketika menyerang, Oman gemar menyerang secara direct dan laju (seperti Malaysia di AFF Suzuki 2014). Strategi defensif mereka akan menarik pertahanan pasukan lawan untuk push up dan  meninggalkan banyak ruang bagi penyerang Oman untuk berlari. Stail mereka mungkin kedengaran ortodoks, serupa dengan strategi majoriti pasukan British era 80-an, tetapi stail inilah yang membawa Oman ke Piala Asia 2015 tanpa perlu berhempas pulas seperti Kuwait.

Abdul Al-Muqbali dan Said Al-Ruzaiqi dijangka akan mengetuai jentera serangan Oman setelah berjaya menyakinkan Le Guen semasa kejohanan Piala Teluk pada Oktober yang lepas. Al-Muqbali menjaringkan 2 gol ketika Oman membelasah Kuwait 5-0 dan Al-Ruzaiqi menjaringkan 4 gol dalam kejohanan Piala Teluk. Amad Al-Hosni pula akan memberi alternatif tambahan buat Le Guen di bahagian serangan.

Le Guen sedar bahawa mereka bukanlah pasukan pilihan untuk ke mara ke pusingan kedua Piala Asia 2015. Tetapi Le Guen optimis dengan peluang mereka.

“We have to be humble. Compared to Australia and South Korea, we are not a strong nation of football, but we have many good players. They are not experienced enough, but they are on the right way and are getting better and better.”

Ramalan

Bola sepak Oman semakin meningkat. Usaha Le Guen membentuk pasukan kebangsaan dari pemain liga domestik memberi Oman kelebihan dari segi keserasian pemain ketika pasukan kebangsaan lain masih lagi terkial-kial mencari keserasian dalam masa yang pendek. Oman tidak dilihat calon yang akan mara jauh dalam kejohanan Piala Asia 2015 ini tetapi mereka berupaya mencipta kejutan. Bersedialah.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN