Prebiu Pusingan Kalah Mati Liga Juara-Juara Eropah

Pusingan kalah mati liga juara-juara eropah musim ini bakal menghidangkan aksi menarik untuk tatapan peminat bola sepak.

Kami di semuanyabola telah hasilkan prebiu ringkas untuk bacaan anda. Selamat membaca.

Chelsea vs Paris Saint-Germain

Sebelum undian pusingan kalah mati dilakukan, Jose Mourinho telah berkata yang dia mahu menentang pasukan kendalian Laurent Blanc kerana perjalanan dari London ke Paris adalah lebih dekat dan lebih mudah. Namun, harus diingat bahawa PSG bukanlah lawan yang mudah.

Pertemuan Chelsea dan PSG ini sebenarnya ulangan perlawanan suku akhir tahun lalu yang menyaksikan Chelsea terpaksa berhempas pulas di Paris sebelum memenanginya di Stamford Bridge- dengan  menggunakan tiga penyerang sekaligus di penghujung babak perlawanan.

Kini , Jose Mourinho mempunyai lebih kualiti berbanding kuantiti di bahagian serangan dan pertemuan Diego Costa dengan bekas pemain pertahanan Chelsea, David Luiz sudah pasti menarik. Dengan Zlatan Ibrahimovic masih belum menjumpai sentuhan terbaik beliau pada musim ini, Laurent Blanc mungkin terpaksa merombak corak taktikal beliau.

PSG Dilanda Masalah Kecederaan

Masalah kecederaan yang melanda PSG mungkin memberi kelebihan besar kepada Chelsea. Pada perlawanan baru-baru ini, PSG terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 selepas mendahului Caen 2-0 sepanjang 87 minit perlawanan.

Dua tonggak utama PSG, Sergio Aurier dan Lucas Moura terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan dan PSG hanya bermain dengan 9 orang pemain kerana mereka sudah melakukan 3 pertukaran sebelum itu.

Lihat rentetan tweet dalam official tweet PSG, sempat lagi tu troll jose Mourinho.

Pilihan kami? Chelsea kerana mempunyai penyerang yang lebih klinikal berbanding PSG dan masalah kecederaan yang melanda PSG memberikan kelebihan kepada Chelsea.

Barcelona vs Manchester City

Ini juga perlawanan ulangan tahun lepas. Dalam pertemuan tahun lalu, The Citizens telah mendominasi permainan di Etihad Stadium dan mencipta peluang demi peluang pada babak pertama namun gagal di sempurnakan oleh Alvero Negrado- sehinggalah Martin Demichelis mengasari Lionel Messi di separuh masa kedua.

Pengadil memberikan sepakan penalti kepada Barca yang tenang disempurnakan sendiri oleh Messi. Jaringan dari Daniel Alves dan Messi telah memastikan Barca menang dengan keputusan 4-0.

Hakikatnya, Barcelona selalu menemui masalah apabila berhadapan dengan pasukan bimbingan Manuel Pellegrini ketika beliau masih mengemudi Villareal. Kekurangan kreativiti di bahagian tengah Barcelona boleh diekspoitasi oleh Pellegrini sebagai kelebihan untuk Man City.

Kehadiran Aguero di bahagian serangan Manchester City mungkin akan mengubah skrip pertemuan musim lalu. Manchester City bakal dikuatkan semula dengan kehadiran Yaya Toure yang baru sahaja memenangi Piala Negara Afrika bersama Ivory Coast. Manchester City nampak kurang bermaya semasa ketiadaan Yaya Toure apabila sekadar mencatat keputusan seri menentang Hull City dan juga Chelsea.

Pilihan kami? Barcelona – kehadiran trio Suarez, Neymar dan Messi yang dijangka mampu mengatasi pertahanan kental Manchester City.

Layan video gol jaringan Luis Suarez semasa menentang Levante hasil lorongan dari Neymar.Semasa perlawanan ini, Messi telah menjaringkan hatrik dan Neymar menjaringkan 1 gol untuk memastikan Barcelona menang 5-0.

Arsenal vs Monaco

2-16-2015 12-59-04 PM

Arsene Wenger tersenyum lebar apabila undian ini ditentukan. Bukan sahaja pengurus Perancis itu bakal pulang ke pangkuan kelab yang membina reputasinya, malah ia adalah undian yang sangat bagus untuk Arsenal.

Monaco menjuarai kumpulan C, tetapi persembahan mereka tidaklah terlalu bagus. Ball possession mereka paling sedikit dalam kalangan pasukan-pasukan lain yang layak (46%), merupakan antara pasukan yang paling sedikit melakukan cubaan ke arah gol, dan hanya mampu menjaringkan 5 gol sahaja dalam 6 perlawanan peringkat kumpulan.

Harus diingat yang Monaco mempunyai barisan pemain tengah terbaik di liga Perancis; Jeremy Toulalan, Geoffrey Kondogbia dan Joao Moutinho, serta attacking full backs yang bagus seperti Layvin Kurzawa dan Fabinho, namun Arsenal seharusnya mampu mengatasi mereka.

Bertemu Arsenal di saat Mesut Ozil dan Theo Walcott mula menjaringkan gol dan ditambah pula dengan ancaman dari Alexis Sanchez, Santi Cazorla dan Oliver Giroud bukanlah sesuatu yang diimpikan Monaco.

Pilihan kami? Arsenal – Wenger seharusnya menggunakan peluang ini untuk memastikan Arsenal layak ke pusingan seterusnya. Alexis Sanchez bakal menjadi watak penting dalam usaha tersebut.

Real Madrid vs Schalke

Juga ulangan pertemuan musim lalu. Real Madrid menang 6-1 di tempat lawan, dan 3-1 di Santiago de Bernabeu.

Kita bakal menyaksikan kemenangan besar Real Madrid sekali lagi pada tahun ini, setelah terbukti penyerang meraka cukup tajam apabila mereka memenangi kesemua perlawanan peringkat kumpulan. Kuasa serangan Real Madrid sangat mengujakan -hasil gabungan trio penyerang mereka, Cristiano Ronaldo, Karim benzema dan Gareth Bale.

Schalke juga agak berbahaya dengan kombinasi serangan Julian Draxler dan Eric Choupo-Moting, tetapi perbezaan antara dua pasukan ini amat ketara dilihat memihak kepada Real Madrid. Tambahan pula, Schalke telah bolos sebanyak 14 kali di peringkat kumpulan dan sekiranya Roberto Di Matteo gagal mencari muslihat untuk mengalahkan Real Madrid, dejavu kekalahan memalukan musim lalu akan berulang lagi.

Pilihan kami? Real Madrid – dengan beza jaringan yang besar juga.

Bayern Munich vs Shakhtar Donetsk

Juara liga Ukraine tampak gah di peringkat kumpulan dan Luiz Adriano merupakan penjaring terbanyak kejohanan setakat ini, tetapi perjalanan Shakhtar Donesk kian berliku. Shakhtar bakal bermain di Lviv, 750 batu dari bandar dan penduduk Donetsk akibat krisis di sempadan Russia-Ukraine.

Pep Guardiola bakal berhadapan dengan permainan bertempo tinggi dan counter attack yang diterapkan oleh Mircea Lucescu.

Bagaimanapun, setelah membelasah Roma 7-1 awal musim ini, Bayern dijangka tiada masalah menangani Shakhtar Donesk. David Alaba, Philip Lahm dan Javi Martinez pula semakin pulih dari kecederaan dan mungkin dapat kembali beraksi bersama Bayern Munich di pusingan timbal balik di Jerman.

Pilihan kami? Bayern – pasukan yang cukup seimbang dan lebih baik dari segala aspek berbanding Shaktar Donetsk

Borussia Dortmund v Juventus

Perlawanan antara kedua pasukan ini adalah perlawanan yang paling sukar dijangka – Dortmund sedang berhempas pulas di Bundesliga, namun bermain baik di Liga Juara-Juara, dan Juventus pula telah memenangi liga Itali sebanyak tiga kali berturut-turut , namun beraksi dengan kurang baik di pentas Eropah.

Rekod pertahanan Juventus amat mengagumkan musim ini tatkala barisan serangan Dortmund tampak tumpul setelah penghijrahan Robert Lewandowski. Walau bagaimanapun, pertahanan Juventus terlalu longgar apabila berhadapan dengan pasukan yang mempunyai tempo tinggi dan serangan pantas seperti Dortmund.

Paul Pogba dan Arturo Vidal harus beraksi di tahap terbaik mereka jika tidak mahu Juventus berputih mata. Dengan siri kemenangan Dortmund baru-baru ini di Bundesliga akan memberikan mereka keyakinan untuk membenam Juventus.

Marco Reus yang baru sahaja menandatangani kontrak lanjutan pastinya akan memberikan moral boost kepada pasukan Dortmund.

Pilihan kami? Dortmund – Defensive play Juventus dijangka tidak akan dapat mengimbangi permainan tempo tinggi pasukan bimbingan Jurgen Klopp.

Atletico Madrid vs Bayern Leverkusen

Pertemuan antara dua pengurus muda – Diego Simeone dan Roger Schmidt. Simeone telah mengemudi Atletico Madrid kejuaraan liga Sepanyol dan berjaya mara ke pusingan akhir liga Juara Eropah tahun lalu, dengan corak permainan defensif dan counter attacking yang berkesan.

Musim ini, penghijrahan Diego Costa ke Chelsea benar-benar dirasakan kerana Mario Mandzukic belum mampu menandingini kehebatan Diego Costa.

Sebaliknya, Leverkusen yang dibimbing Schmidt dilihat sebagai jelmaan Atletico Madrid musim lalu. Leverkusen bukanlah pasukan yang mengutamakan possession bola yang banyak, tetapi acap kali menggempur kubu lawan dengan corak serangan counter attack yang pantas. Pertembungan dua pasukan yang gemarkan counter attack ini akan menjadi perlawanan yang menarik untuk disaksikan.

Pilihan kami? Leverkusen – serangan counter attack Laverkusen tampak lebih menyakinkan berbanding Atletico Madrid

Porto vs Basel

Pertemuan yang paling kurang menarik di pusingan kalah mati. Kedua-dua pasukan ini terkenal dengan mengembangkan bakat pemain-pemain muda. Pengurus Porto, Julen Lopetegui merupakan individu yang penting dalam kejayaan pasukan belia Sepanyol.

Lopetegui meneruskan penggunaan formasi 4-3-3 di Porto, sambil meminjam pemain-pemain muda berbakat besar dari Barcelona dan Real Madrid ke dalam pasukannya.

Basel pula dilabel sebagai pasukan yang paling lemah dalam kalangan 16 pasukan yang layak. Walaupun mereka bermain dengan baik di liga tempatan Swiss, namun mara ke peringkat ini dengan jumlah bolos lebih banyak dari jumlah gol menunjukkan bahawa pasukan ini perlu berkerja keras menanti kunjungan pasukan Porto.

Pilihan kami? Porto – lebih tersusun, lebih berpengalaman dan barisan pemain yang lebih baik berbanding Basel.

Tinggalkan pandangan anda di ruangan komen. Kami menantikan pandangan dan idea bernas anda mengenai pusingan kalah mati liga juara-juara kali ini.

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN