Prebiu Final EFL Carabao Cup: Pep Guardiola Dan Arsene Wenger Buru Kejuaraan Sulung

efl carabao cup

Pagi Isnin nanti tumpuan terarah kepada final salah satu trofi yang dipertandingkan di England. Sudah pasti menjadi rebutan ialah Piala Carabao (EFL Carabao Cup).

Berikut antara previu perlawanan akhir EFL Carabao Cup musim ini yang dinukilkan khas untuk anda.

Namun begitu, kelab manakah pilihan anda menjuarai kejohanan ini?

Kali pertama

Buat kali pertama Gunners bertemu Cityzens dalam perlawanan akhir EFL Cup. Kali terakhir kedua-dua kelab ini bertemu dalam pertandingan ini ialah sewaktu suku akhir musim 2011-12.

Aguero menjaringkan gol sewaktu suku akhir EFL Cup 2012. Sumber: The Guardian.

Pada ketika itu Sergio Aguero menjaringkan gol tunggal sekaligus gol kemenangan untuk Cityzens. Namun kemaraan Cityzens tersekat tatkala mereka tewas kepada juara musim itu, Liverpool.

Musim ini menjadikan musim yang pertama penajaan syarikat minuman dari Thailand, Carabao. Musim lepas, kejohanan ini gagal mendapatkan penaja.

Selain itu, perlawanan akhir ini akan menjadi perlawanan akhir pertama buat Pep Guardiola di England. Ya, dalam karier sebagai pengurus sebuah kelab di England.

Walaupun pada sebelum ini beliau mengkritik kewujudkan EFL Carabao Cup ini sebenarnya. Katanya, di negara lain cuma hanya ada tiga kejohanan, tetapi di England ia bertambah satu.

Pep dikatakan telah mengingatkan anak buahnya agar menang trofi ini untuk kelab, bukan untuk dirinya!

Tebus kesalahan lalu

Arsenal memenangi EFL Coca Cola Cup (penaja lama) pada musim 1993. Sumber: Arsenal.

Arsene Wenger sudah pasti ingin meraih sekurangnya sekali memenangi trofi EFL Carabao Cup. EFL Carabao Cup merupakan satu-satunya trofi utama di England yang gagal dimenangi beliau.

Walaupun dua kali Gunners sudah mara dua kali final, tetapi tewas kepada lawan masing-masing. Pada 2007 mereka tewas kepada Chelsea. 4 tahun kemudian, mereka dikejutkan pula dengan Birmingham City.

Hanya Laurent Koscielny dan Jack Wilshere sahaja yang masih berada dalam skuad Gunners sehingga hari ini ketika mereka dikalahkan Birmingham City.

Siapa cedera? Siapa tidak layak?

Arsenal dijangka tidak akan menurunkan Aaron Ramsey. Mereka juga tidak dapat menurunkan Henrikh Mkhitarayan kerana ‘cup-tied’.

Sebagai ganti, Pierre-Emerick Aubameyang akan diturunkan Gunners.

Sementara itu, Manchester City akan mengekalkan penjaga gol, Claudio Bravo yang bermain kesemua perlawanan untuk kejohanan ini sepanjang musim.

Gabriel Jesus masih mengalami kecederaan manakala Fabian Delph digantung satu perlawanan.

Penutup

Adakah Arsene Wenger mampu menamatkan kemarau trofi EFL Cup ini? Kali terakhir mereka memenanginya pada 1993.

Atau Pep Guardiola bakal menjulang trofi sulung untuk Cityzens pada pagi ini?

Semoga perlawanan ini bakal berlangsung dengan meriahnya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN