Potong Saja Mata Pasukan Liga Malaysia Yang Langgar SOP Covid-19

Liga Malaysia

Pasukan Liga Malaysia yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 wajar diberikan hukuman potongan mata liga.

Hal ini kerana, pelanggaran SOP tersebut boleh menyebabkan penularan kes positif wabak pandemik itu dalam kalangan pemain dan pegawai pasukan hinggakan perlawanan boleh tertangguh.

Menurut mantan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kamaruddin Abdullah, hukuman itu perlu diberikan jika jangkitan berlaku akibat kecuaian pasukan.

Hal ini kerana, pemain dan pegawai masih boleh dijangkiti penyakit tersebut walaupun telah menjaga SOP kerana varian baharu yang lebih mudah merebak.

Dalam masa yang sama, beliau menganggap pasukan akan lebih patuh pada peraturan jika hukuman potongan mata dilakukan.

“Pemotongan mata adalah sesuai tetapi Malaysia Football League (MFL) perlu pastikan kes yang dilaporkan adalah atas faktor kecuaian atau pelanggaran SOP oleh pasukan.”

“Sebab ada masanya kita tidak bernasib baik untuk dijangkiti kerana varian baharu lebih mudah tersebar,” kata Kamaruddin menerusi Berita Harian.

Tambah Kamaruddin lagi, hukuman potongan mata adalah lebih berkesan berbanding denda.

Ianya kerana pasukan tidak akan gerun dengan hukuman denda tetapi apabila mata liga dipotong ianya menghasilkan reaksi berbeza.

Sebelum ini, aksi pasukan melibatkan Kedah Darul Aman dan Kuching City terpaksa diubah semula jadualnya selepas terdapat kes penularan Covid-19 membabitkan dua pasukan tersebut.

Kedah yang kembali semula dalam aksi Liga Super buat kali pertama selepas kes tersebut semalam bertemu Selangor di Stadium Darul Aman.

Mereka tewas 4-2 dalam perlawanan tersebut yang menyaksikan Ifedayo Omosuyi mencatatkan hatrik.

Liga Super: Hujan ‘Tangisan’ Kekalahan Kedah Kepada Selangor Di Alor Setar

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply