Posisi Terbaik Rooney Di England: Penyerang, Box-to-box, No.10 Atau Perancang Utama?

Dengan membawa Jamie Vardy, Harry Kane, Marcus Rushford dan Daniel Sturridge ke Perancis, jelas sekali Roy Hodgson mempunyai perancangan lain untuk kapten England, Wayne Rooney.

Dahulunya terkenal sebagai salah satu penyerang prolifik di England, Rooney kini telah hilang tempat di jentera serangan kepada Harry Kane dalam skuad England.

[adrotate group=”2″]

Di Manchester United pada musim lepas, beliau hilang tempatnya sebagai penyerang utama kepada Marcus Rashford yang baru berusia 18 tahun.

Perubahan ini memaksa Roy Hodgson mengubah pelannya. Sebagai pemain yang berpengaruh dan berpengalaman, Rooney terlalu berharga untuk ditinggalkan.

Tetapi untuk membawa Rooney ke Perancis, Hodgson perlu menjawab satu soalan mustahak – apa peranan Rooney dalam skuad England?

Statistik Rooney musim 2015/2016

[table]
Posisi,Penampilan,Gol,Assist,Whoscored Rating
Penyerang,19,6,5,6.92
Attacking midfelder,7,2,0,6.95
Midfielder,5,1,1,7.57
[/table]

Berdasarkan data statistik, kita akan mendapati Rooney lebih efektif bermain di midfield.

Peranan Rooney?

Sejak kemunculan penyerang-penyerang muda England di peringkat kebangsaan mahupun kelab kebelakangan ini, Wayne Rooney seakan-akan mengalami krisis posisi di dalam padang.

Di bawah pengurusan Van Gaal, Rooney memang kerap bermain di posisi midfield sehinggakan beliau kerap terlibat dalam tugas tugas bertahan.

Adakah beliau merupakan penyerang utama? Penyerang sayap? Pemain no.10? Pemain tengah (box-to-box)?

Hodgson: Saya perlu bawa Rooney!

Ketika dipertikaikan oleh penyokong dan media ke atas keputusannya membawa Wayne Rooney, Roy Hodgson terus membidas dengan jawapan yang agak emosi dalam satu wawancara dengan The Guardian:

“Kita bercakap tentang seorang pemain yang baru mendapat caps ke-111 dan sudah menjaringkan 52 gol untuk negara. Bagaimana kita boleh berfikir untuk meminggirkan beliau?”

Jelas sekali Hodgson mempunyai rasa sentimental terhadap sumbangan lepas Rooney.

Ia perasaan sentimental sama yang dimiliki Hodgson terhadap Jack Wilshere – pemain yang dikatakannya mempunyai satu kualiti yang tak diperolehi oleh mana-mana pemain tengah England yang lain.

Konflik formasi

Dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum kempen Piala Eropah 2016, Hodgson kerap menggunakan Rooney sebagai center attacking midfielder dalam sistem 4-4-2 diamond.

Ini menyebabkan center attacking midfielder seperti Delle Alli kerap ditolak bermain ke kawasan yang lebih wide.

england1

Selain 4-4-2 diamond yang digunakan khas untuk memanfaatkan ketajaman penyudah Jamie Vardy dan Harry Kane di depan gol, Hodgson juga gemar menggunakan Rooney dalam sistem 4-3-3.

Dalam formasi ini, ia mungkin menyebabkan Jamie Vardy dikorbankan ke bangku simpanan. Tetapi ia membolehkan Rooney berfungsi sebagai perancang utama (chief playmaker).

Dele Alli juga akan mendapat lesen naik menyerang tanpa dibataskan oleh struktur/disipilin taktikal 4-4-2 diamond.

engnakd2

4-3-3 sebagai formasi utama England?

Bercakap mengenai soal formasi dan kesebelasan utama, Roy Hodgson masih tiada ada bayangan yang jelas dan masih mencuba.

Ini sehinggalah beliau menggunakan sistem 4-3-3 ketika perlawanan pembukaan menentang Russia di mana England sekadar seri 1-1 meskipun menguasai sebahagian besar perlawanan.

Dalam perlawanan tersebut, Jamie Vardy dikorbankan ke bangku simpanan untuk membariskan trio serangan yang diketuai Harry Kane dan dibantu oleh Raheem Sterling dan Adam Lallana di bahagian sayap.

Wayne Rooney pula berfungsi sebagai chief playmaker dalam trio midfield yang dibarisi Dele Alli dan Eric Dier.

Pengaruh Rooney dalam sistem 4-3-3 ini sangat dominan sehinggakan majoriti hantaran England berpusat di kawasan half space kiri – kawasan Rooney beroperasi.

Jika tidak kerana persembahan buruk Raheem Sterling, kami pasti England pasti dapat mencipta banyak peluang-peluang gol dari sebelah kiri – dengan Rooney beroperasi sebagai ‘pengendali orkestra’ serangan pasukan.

Sumber: Twitter @11tegen11
Sumber: Twitter @11tegen11

Melihat persembahan Rooney di bahagian midfield yang cemerlang tempoh hari, maka tak hairanlah Hodgson agak beremosi apabila media mempersoalkan kebolehan kapten England tersebut.

[adrotate banner=”9″]

Baca juga: Roy Hodgson Jelaskan Kenapa Harry Kane Mengambil Sepakan Sudut England

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN