Portsmouth Akhiri Kemarau 9 Tahun Tanpa Trofi Dengan Dramatik

Portsmouth ada sesuatu yang bakal diletakkan di dalam rak trofi mereka. Ya, kejuaraan League Two musim ini pada hari terakhir liga.

Panjang betul perjalanan Portsmouth dalam usaha mereka keluar dari kemuflisan serta cuba memastikan survival kelab mereka.

Musim ini, saingan League Two terlalu rapat. Media di Britain melaporkan League Two musim ini amat sengit daripada musim-musim dahulu.

Plymouth Argyle berada di puncak liga sebelum perlawanan hari terakhir bermula. Doncaster berada d tangga ke-2.

Pompey berada di tangga ke-3. Meskipun begitu, ketiga-tiga kelab ini sudah sah ke League One musim hadapan.

Carta terkini League Two sebelum perlawanan semalam.

Plymouth terikat 1-1 dengan Grimsby Town manakala Doncaster tewas di tangan Hartlepool United 2-1. Pompey tanpa belas kasihan membenam Cheltenham Town 6-1 di hadapan penyokong sendiri.

Tanpa berlengah, Pompey berjaya menjulang trofi setelah 9 tahun. Lebih manis apabila, Portsmouth menyertai 4 kelab lain yang pernah menjulang kejuaraan setiap divisyen di England.

4 kelab tersebut ialah Burnley, Sheffield United, Wolverhampton. Begitu juga Preston.

Play-off

Kami ada memaparkan saingan sengit untuk play-off. Sebelum perlawanan dimulakan, kedudukan tangga (gambar atas) ke-6 dan ke-7 agak goyah berikutan kelab lain mempunyai gap mata yang rapat.

Namun, ia tidak terjejas kerana kelab lain beraksi longlai. Kesemua kelab tersebut kekal di zon play-off tanpa perubahan.

Perlawanan play-off akan diadakan antara Blackpool menentang Luton manakala Exeter menentang Carlisle.

Penyingkiran

Dua kelab ingin kekal dalam saingan League Two sekaligus English Football League. Hartlepool sebenarnya berpeluang selamat jika Newport tidak menang dan Hartlepool menang 3 gol tanpa balas.

Namun sebaliknya berlaku, Hartlepool walaupun menang ke atas Doncaster 2-1, Newport pula menang ke atas Notts County.

Baiklah, mari kita tonton adegan Jeff Stelling dalam Sky Sports News ini.

Berikut keputusan penuh perlawanan ke-45 dan carta penamat musim League Two

Blackpool 3-1 Leyton Orient, Colchester 2-0 Yeovil, Crawley 2-2 Mansfield, Crewe 4-1 Barnet, Exeter 2-3 Carlisle, Grimsby 1-1 Plymouth, Hartlepool 2-1 Doncaster, Luton 3-1 Morecambe, Newport 2-1 Notts County, Portsmouth 6-1 Cheltenham, Stevenage 0-3 Accrington Stanley, Wycombe 1-0 Cambridge.

 

Carta League Two untuk musim ini. Sumber: BBC.

Selamat tinggal diucapkan kepada Hartlepool dan Leyton Orient.

Baca juga: Analisis Taktikal: Melaka United Progresif, JDT Hilang Cengkaman Di Tengah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN