Portsmouth Julang EFL Checkatrade Trophy, Jinakkan Sunderland Melalui Sepakan Penalti

Iklan

portsmouth

Perlawanan akhir EFL Checkatrade Trophy menerima tumpuan luar biasa pada musim kali ini. Ia disebabkan dua kelab yang pernah beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris beradu sesama sendiri.

Tidak lain tidak bukan, Portsmouth menentang Sunderland. Perlawanan tersebut diadakan di Stadium Wembley pada Ahad (31 Mac).

Sengit

Sunderland mendahului pada minit ke-38 melalui gol Aidan McGeady. Kedudukan itu kekal berakhir sehingga tamat separuh masa pertama.

Pemain Portsmouth, Nathan Thompson menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-82. Perlawanan itu berakhir 1-1 pada masa sebenar.

Perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan. Jamal Lowe pula menjaringkan gol untuk Portsmouth mendahului pada minit ke-114.

Sunderland berjaya menganggu penguasaan kelab pantai selatan England itu apabila Aidan McGeady menjaringkan gol kedua dalam perlawanan itu. Gol tersebut hadir pada minit ke-119.

Penalti

LONDON, ENGLAND – MARCH 31: Dejected Sunderland players after losing the Checkatrade Trophy final during the Checkatrade Trophy Final between Sunderland AFC and Portsmouth FC at Wembley Stadium on March 31, 2019 in London, England. (Photo by James Williamson – AMA/Getty Images)

Keputusan ditentukan melalui sepakan penalti. Pemain tengah Sunderland, Lee Cattermole gagal menjaringkan penalti apabila penjaga gol Portsmouth, Craig MacGilliviray menyelamatkan sepakan itu.

Portsmouth memanfaatkan peluang itu untuk menewaskan Sunderland melalui sepakan penalti. Portsmouth berjaya menjaringkan 5 sepakan berbanding Black Cats hanya menyempurnakan kurang satu daripadanya.

Ini merupakan kejayaan sulung Portsmouth dalam saingan EFL Checkatrade Trophy.

Pecah rekod

Menariknya, perlawanan semalam menyaksikan rekod kehadiran penonton terbanyak dalam sejarah perlawanan akhir EFL Checkatrade Trophy.

Seramai 85,021 penonton telah hadir ke stadium nasional itu untuk menonton perlawanan tersebut. Rekod sebelum ini dipegang semasa final edisi 1988 di mana Wolverhampton menewaskan Burnley melalui skor 2-0.

Ketika itu, hanya 80,841 penonton hadir di stadium Wembley lama. Meriah sungguh final pada kali ini!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram