Porto Lantik Iker Casillas Sebagai Jurulatih Kelab

Iklan

Bekas penjaga gol Real Madrid, Iker Casillas telah dilantik selaku jurulatih kelab. Casillas, berumur 38 tahun dilantik ke jawatan itu oleh Porto.

Masih terbuka

Casillas sebelum ini diberitakan telah mengalami sakit jantung pada Mei lalu. Beliau dikejarkan ke hospital dan menerima satu pembedahan segera.

Selepas pembedahan tersebut berjaya, Casillas dibenarkan keluar 5 hari kemudian dari hospital. Penjaga gol warga Sepanyol itu tidak menolak untuk beraksi di padang semula.

Beliau juga memberitahu bahawa pengurus Porto mahukannya untuk kekal di kelab Portugal itu. Casillas turut menyatakan ingin membantu rakan-rakan sepasukannya di kelab itu.

Akan bersara

Tempoh hari, terdapat khabar angin mengatakan Casillas akan mengambil keputusan untuk bersara. Laporan itu segera disanggah tuan badan itu sendiri.

Casillas menegaskan bahawa beliau akan mengumumkan sendiri bilakah masanya untuk bersara selaku pemain.

Casillas sendiri berharap majikan terkininya mampu memenangi liga Portugal atau piala. Dan juga beraksi lebih baik dalam kancah Eropah.

Karier gemilang

PORTO, PORTUGAL – MARY 6: FC Porto goalkeeper Iker Casillas from Spain celebrates the league title at the end of the Primeira Liga match between FC Porto and CD Feirense at Estadio do Dragao on May 6, 2018 in Porto, Portugal. (Photo by Gualter Fatia/Getty Images)

Sepanjang karier domestiknya, Casillas hanya pernah menjadi penjaga gol untuk dua kelab sahaja iaitu Real Madrid dan Porto. Ramai peminat Sepanyol sudah tahu kejayaan Casillas semasa menjadi pemain Real Madrid mahu pun La Roja.

Tetapi, Casillas pernah memenangi Liga Portugal bersama Porto pada musim 2017/18. Semoga kesihatan Casillas bertambah baik.

Pujian harus diberikan kepada Porto kerana sudi menerima seadanya keadaan Casillas dengan melantiknya sebagai jurulatih.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram