Popov Kecewa KAFA Tidak Hormati Legenda Badhri Radzi Dan Khairul Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Isu kontrak Khairul Fahmi dan Badhri Radzi menjadi bualan hangat. Ini selepas Presiden KAFA, Bibi Ramjani dengan terbuka membuat kenyataan media berkenaan status 2 pemain tersebut.

Bibi Ramjani sebelum ini memberitahu 2 pemain tersebut tiada dalam perancangan kelab dan berharap ada kelab datang mendapatkan mereka.

Minat daripada kelab lain memang biasa dalam bola sepak. Tetapi kenyataan Bibi Ramjani agak terburu-buru dan kurang profesional. KAFA yang menawarkan kontrak kepada 2 pemain ini pada awal musim dan kini bercakap tentang tiada dalam perancangan jurulatih baru, Fajr Ibrahim.

Fajr Ibrahim. FOTO: LaBola Malaya

Bibi Ramjani menyatakan KAFA mengambil keputusan drastik untuk mengurangkan beban kewangan KAFA. Sebelum itu KAFA sudah menamatkan kontrak ramai pemain.

Badhri Radzi mengkritik KAFA sebagai tak profesional. Manakala Khairul Fahmi memberitahu beliau tiada perancangan untuk keluar daripada pasukan tersebut.

Isu ini mendapat perhatian daripada bekas pengendali Kelantan, Velizar Popov. Beliau kecewa dengan tindakan KAFA yang seakan-akan melayan legenda mereka dengan tanpa rasa hormat.

Dalam twitter beliau, Popov dengan status ini:

https://twitter.com/VelizarPopov/status/988825127440830465

Popov menambah lagi:

“Kelab pernah tidak menghormati saya, itu saya boleh terima kerana saya orang asing. Tetapi mereka harus lebih menghormati legenda mereka sendiri seperti Indra , Piya (Badhri) , Apek (Khairul Fahmi) , Nor Farhan dan lain-lain.”

“Hormati Apek Dan Piya! Saya cuma berpendapat yang mereka perlu lebih dihormati. Sekurang-kurangnya KAFA harus memberitahu mereka secara peribadi terlebih dahulu bukannya pemain mendapat tahu daripada media sosial.”

“Itu sahaja, kita bercakap tentang ‘respect’.”

Steve Darby turut bersetuju dengan kenyataan Popov dan berkata:

“Penamatan kontrak (dengan pampasan berdasarkan kontrak) adalah hak kelab ekslusif kelab. Tetapi ianya perlu dilakukan secara profesional dan beretika. Perbincangan secara peribadi harus sentiasa diutamakan, jangan sesekali memuat naik di media sosial.”

“Kesetiaan adalah proses 2 hala. Pemain-pemain tersebut sangat setia.”

Popov berharap 2 pemain legenda ini dilayan selayaknya kerana mereka adalah nama ikonik dalam bola sepak Malaysia.