Kelab MLS Ini Cipta Polisi, Serah Wang Perpindahan Kepada Pemegang Pas Bermusim Mereka

Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kelab sebelum ini di dunia.

Kelab Major League Soccer (MLS), FC Dallas telah melakukan satu pelan yang cukup baik untuk memastikan hubungan antara pihak pengurusan kelab dan juga penyokong sentiasa dekat.

Mereka telah melakukan satu polisi dimana terdapat peratusan dari jumlah wang perpindahan yang FC Dallas dapat dari hasil jualan pemain akan pergi kepada pemegang pas bermusim mereka.

Polisi 1%

Untuk pengetahuan anda, di MLS terdapat polisi agihan wang dalam MLS sendiri untuk 2 jenis pemain.

1 adalah untuk homegrown player yang merupakan pemain yang berasal dari akademi kelab tersebut dan bermain untuk pasukan senior.

Sementara satu lagi adalah non-homegrown player yang merupakan pemain yang tidak berasal dari akademi skuad tersebut.

Di MLS adalah polisi agihan wang untuk setiap pemain yang berpindah dari kelab MLS dan kelab luar.

Dan untuk pemain homegrown dan juga non-homegrown terdapat jumlah agihan yang berbeza-beza:

  • Homegrown player: Kelab menerima 75% daripada nilai perpindahan, baki 25% pergi ke pemain
  • Non-homegrown player: Kelan menerima 66.6% daripada nilai perpindahan dan 33.3% pergi ke pemain

Oleh kerana itu, FC Dallas melancarkan Polisi 1% untuk memberikan sedikit wang daripada jumlah wang perpindahan yang diperoleh kelab kepada pemegang pas bermusim mereka.

“Apabila anda membeli pas bermusim di FC Dallas. Anda secara tak langsung telah melabur kepada pembangunan kelab,” itulah kenyataan yang diberikan kelab kepada pemegang pas bermusim mereka.

Dengan Polisi 1% itu, FC Dallas akan memberikan 1% daripada jumlah wang perpindahan kepada pemegang pas bermusim mereka dan polisi ini dikuatkuasakan secara serta merta.

Fabian Castillo

Pemegang pas bermusim FC Dallas bagaimana pun telah menerima wang hasil daripada Polisi 1% itu.

Hal ini kerana, pada musim lalu mereka telah menjual pemain bernama Fabian Castillo kepada pasukan Turki, Trabzonspor dengan jumlah perpindahan sebanyak $4 juta.

Jadi, pemegang pas bermusim FC Dallas juga telah menerima wang hasil Polisi 1% itu.

FC Dallas juga ada melancarkan hashtag #Cashtillo kerana mereka mahu tahu ke mana wang hasil polisi itu digunakan oleh pemegang pas bermusim mereka.

“Sebaik saja kami mengagihkan wang kepada anda. Kami mahu anda memberitahu kami ke mana wang itu anda belanjakan sama ada anda guna untuk minum-minum di bar atau beli barang yang sudah lama anda idamkan.”

“Gunakan hashtag #Cashtillo untuk bagitahu kami!”

Bagi kami, ia adalah satu cara yang cukup baik untuk sesebuah kelab sentiasa dekat dengan penyokong.

Ia memberikan tanda yang kelab berlaku telus terhadap penyokong mereka.

Satu langkah yang pasukan di Malaysia boleh ikut, mungkin JDT boleh mulakan?

Baca juga: Verratti Dedahkan Apa Yang Pemain Barcelona Cakap Kepadanya Selepas Gol Cavani

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN