Pogba Tetap Mahu Ke PSG, Sudah Tiada Hati Bersama Man United

Paul Pogba

Nampaknya, beliau sememangnya sudah tidak sudi lagi.

Pemain Manchester United, Paul Pogba dilihat sudah tiada hati lagi untuk bersama dengan kelab tersebut.

Pogba dikatakan telah menolak tawaran kontrak lanjutan oleh kelab tersebut dengan dirinya mahu perpindahan ke Paris Saint-Germain (PSG) dilaksanakan.

Menurut laporan di Perancis, Pogba telah menolak tawaran United dan dalam masa yang sama telah bekerja keras dengan PSG untuk memastikan perpindahannya menjadi nyata.

Pogba dan PSG dikatakan semakin hampir untuk mencapai kata sepakat dalam menjadikan beliau pemain baharu mereka pada musim panas ini.

Jadi dengan Pogba menolak tawaran lanjutan kontrak oleh United jelas memberikan kelebihan kepada PSG dalam misi untuk mendapatkan pemain tersebut.

Tetapi, boleh terjadi kemungkinan akan berlaku dimana United akan hadir sekali lagi dengan tawaran kontrak lanjutan yang lebih lumayan untuk menarik minat Pogba.

Sekiranya perpindahan ini terlaksana, Pogba bakal mengikuti jejak langkah Sergio Ramos, Gini Wijnaldum, Gianluigi Donnaruma dan Achraf Hakimi yang menyertai PSG musim ini.

Walaupun perpindahan beliau belum lagi terlaksana, tetapi Pogba sudah mula dicemuh oleh penyokong PSG yang tidak mahu pemain tersebut menyertai kelab mereka.

Malah, ibu Pogba juga dikatakan tidak mahu anaknya itu menyertai PSG kerana ianya bertentangan dengan sokongan emaknya yang menyokong Olympique Marseille.

Marseille adalah musuh tradisi PSG sejak dari dulu lagi.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply