Pogba Terdesak Nak Beraksi

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menegaskan yang pemain beliau iaitu Paul Pogba sebenarnya terdesak untuk beraksi buat kelab Premier League itu.

Menurut laporan Sky Sports, pemain yang kini mengalami kecederaan di buku lali itu sudah pun mengalihkan alat sokongan yang berada di bahagian tersebut dan memberikan isyarat semakin hampir kepada pulih sepenuhnya.

Akan tetapi pemain itu belum lagi tahu bila akan kembali untuk beraksi semula.

“Paul Pogba menghadapi musim yang cukup teruk apabila dihimpit dengan kecederaan. Beliau jelas sekali terdesak untuk bermain bola sepak.”

“Susah untuk jangkakan bila akan kembali apabila pemain itu terlibat dengan kecederaan jangka panjang. Beliau sukakan bermain dan berlatih, ianya sudah bermain-main di fikiran beliau ketika ini.”

Solskjaer mengatakan yang beliau sudah biasa melihat pemain bola sepak berasa kecewa dengan keadaan mereka terhimpit dengan kecederaan. Akan tetapi beliau kagum dengan apa yang ditunjukkan oleh Pogba.

Pogba tetap profesional dalam misi untuk pulih dan beliau tidak punya sebarang keraguan yang pemain itu akan kembali ke prestasi terbaiknya selepas pulih.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram