Pogba Terangkan Peranan Beliau Di Manchester United

Paul Pogba terangkan peranan beliau di Manchester United. Pemain termahal dunia ini membidas penyokong yang meletakkan penilaian yang tidak realistik kepda beliau.

Bercakap kepada ESPN, pemain tengah kebangsaan Perancis dan Manchester United ini jelas kecewa. Ramai peminat memperlekehkan harga yang terpaksa dibayar untuk pemain yang dianggap tidak mampu menjaringkan gol.

Paul Pogba

Ia semakin panas selepas Pogba gagal menyempurnakan peluang keemasan ketika menentang Liverpool kelmarin.

Pogba terangkan peranan beliau dengan berkata:

“Saya adalah pemain tengah. Saya bukannya pencetak gol. Itu bukan tugas utama saya.”

“Saya mampu memberikan perbezaan dalam perlawanan. Saya ada banyak tugasan di tengah. Saya perlu bertahan dan cuba menguasai bahagian tengah. Itu adalah kekuatan utama saya.”

“Saya harus bekerja untuk pasukan bukannya cuba mementingkan diri sendiri (mencari gol peribadi). Namun ada orang di luar sana, mahukan saya menjaringkan gol kerana harga perpindahan saya.”

Ramalan Scholes benar belaka

Sebelum masuk ke Manchester United, lagenda Paul Scholes sendiri sudah menjangkakan hal ini akan berlaku. Ini kerana, Paul Pogba dibeli dengan harga Lionel Messi.

Penyokong sudah pasti akan mengharapkan pemain ini lebih daripada yang sepatutnya. Akan ada mulut-mulut yang bercakap tanpa kisah pasal peranan Pogba di dalam padang.

Dalam erti kata lain Scholes kurang bersetuju dengan harga sekitar  €100 juta untuk pemain tengah ini.

Pogba: Kenapa saya datang ke Manchester United?

Pogba juga menjelaskan, beliau memilih Manchester United kerana mengikut kata hati beliau.

“Saya boleh sahaja menyertai Real Madrid ataupun Barcelona, namun saya memilih untuk ke sini kerana ikut kata hati saya. Saya ada misi. Dan ini adalah keputusan yang besar dalam karier saya.”

“Saya mahu menang trofi di sini. Saya (dahulu) tidak pernah apa-apa trofi di sini. Dan saya sentiasa berkata kepada diri saya untuk kembali ke sini pada suatu hari nanti.”

“Ini adalah kelab yang saya sayangi dan saya ada misi yang masih belum terlaksana.”

Berbalik kepada Paul Pogba, beliau sudahpun menjaringkan 4 gol untuk Manchester United. Jumlah jaringan yang sama dengan Juan Mata.

Paul Pogba menjadi pemain penting ketika United dalam rentetan 8 kemenangan serta tanpa kalah 16 perlawanan berturut-turut.

[adrotate group=”6″]

Baca juga: Jose Mourinho Maki Staf Kejurulatihan, Silap Bagi Arahan Taktikal Kepada Paul Pogba

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN