Paul Pogba Masih Pemain Paling Popular di EPL, Dari Segi Jualan Jersi

Jualan jersi Paul Pogba berjaya mengatasi semua pemain daripada Liga Premier Inggeris (EPL) seperti yang didedahkan oleh syarikat jualan barangan sukan, Sports Direct baru-baru ini.

Ini menjadikan Pogba adalah pemain yang paling popular di EPL dari segi jualan jersi untuk tahun kedua berturut-turut. Pogba tiba di Manchester United pada musim lalu daripada kelab yang berpengkalan di Itali, Juventus.

Paul Pogba sekali lagi mendominasi senarai. Foto: Reuters

Data terbaru yang dikeluarkan tersebut menunjukkan Pogba juga mengatasi rakan sepasukan baharunya di Manchester United, Romelu Lukaku yang berada di kedudukan kedua.

Sports Direct telah menyenaraikan 30 pemain dan hasil jualan jersi masing-masing yang diambil kira bermula pada 1 Mei yang lalu. Senarai juga melibatkan beberapa pemain daripada kelab luar seperti dari La Liga.

Pemain Manchester United dilihat mendominasi senarai tersebut dengan empat pemain mereka berada dalam senarai 10 teratas. Selain daripada Pogba dan Lukaku, Mascus Rashford dan Zlatan Ibrahimovic turut tersenarai.

Marcus Rashford turut berada dalam senarai lima teratas. Foto: AFP

Penjaring gol kemenangan England ke atas Slovakia baru-baru ini, Marcus Rashford boleh dikatakan ‘pakej kejutan’ apabila berada dalam senarai lima teratas mengatasi Ibrahimovic dan juga Harry Kane (Tottenham).

Penyerang baharu Arsenal, Alexandre Lacazette turut berada di dalam senarai tersebut dan menduduki kedudukan ke-4, mengatasi nama-nama besar di Arsenal antaranya Mesut Ozil dan Alexis Sanchez.

Alexandre Lacazette berjaya mengatasi Ozil dan Sanchez. Foto: Reuters

Kedua-dua pemain tersebut berada di kedudukan ke-3 dan ke-4 pada musim lalu. Kehadiran Lacazette ke Arsenal nampaknya telah menjejaskan sedikit jualan jersi mereka.

Pemain daripada kelab yang baharu dinaikkan pangkat ke EPL, Newcastle juga berjaya mendapat tempat dalam senarai tersebut iaitu Matt Ritchie dan Dwight Gayle, masing-masing di kedudukan ke-13 dan 17.

Hanya tiga pemain daripada liga selain EPL yang tersenarai iaitu Lionel Messi (Barcelona), Cristiano Ronaldo (Real Madrid) dan Neymar (PSG).

Adakah hasil jualan jersi membantu dana kelab? Ini telah dijelaskan oleh kami dalam artikel ini.

Berikut merupakan senarai penuh hasil jualan jersi pemain yang telah dikeluarkan oleh Sports Direct:

1. Paul POGBA (Manchester United)

2. Romelu LUKAKU (Manchester United)

3. Eden HAZARD (Chelsea)

4. Alexandre LACAZETTE (Arsenal)

5. Marcus RASHFORD (Manchester United)

6. Harry KANE (Tottenham)

7. Sadio MANE (Liverpool)

8. Lionel MESSI (Barcelona)

9. Philippe COUTINHO (Liverpool)

10. Zlatan IBRAHIMOVIC (Manchester United)

11. DELE Alli (Tottenham)

12. Roberto FIRMINO (Liverpool)

13. Matt RITCHIE (Newcastle)

14. ANDER HERRERA (Manchester United)

15. Cristiano RONALDO (Real Madrid)

16. Henrikh MKHITARYAN (Manchester United)

17. Dwight GAYLE (Newcastle United)

18. NEYMAR JR. (Barcelona/PSG)

19. N’Golo KANTE (Chelsea)

20. Mesut OZIL (Arsenal)

21. John TERRY (Chelsea/Aston Villa)

22. ALEXIS Sanchez (Arsenal)

23. Mohamed SALAH (Liverpool)

24. Wayne ROONEY (Manchester United/Everton)

25. Juan MATA (Manchester United)

26. Adam LALLANA (Liverpool)

27. Alvaro MORATA (Chelsea)

28. David DE GEA (Manchester United)

29. Cheick TIOTE (Newcastle United)

30. Christian ERIKSEN (Tottenham)

Sumber Rujukan:

  1. Football365 (2017): Pogba and Lukaku top the list of UK shirt sellers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN