Pogba Dan Juventus Mahu Minta Bantuan Adidas

Juventus dan Paul Pogba dijangka akan cuba mendapatkan bantuan daripada Adidas dalam perpindahan kali ini.

Laporan oleh Corriere Dello Sport menjelaskan Adidas kini antara kunci penting kepada perpindahan Paul Pogba.

Paul Pogba merupakan antara atlet yang mendapat tajaan secara ekskslusif daripada Adidas. Dengan kegagalan Man. United mara ke UCL, Adidas mungkin akan cuba membantu Pogba untuk ke Juventus.

Paul Pogba dan Adidas pastinya mahu melihat perjanjian antara 2 pihak tersebut dapat dipersembahkan dalam pentas tertinggi seperti UCL.

Paul Pogba kini mendapat gaji sekitar €15 juta semusim di Manchester United dengan kontrak sehingga 2021.

Berdasarkan laporan di Itali, Juventus dan Adidas memiliki pernjanjian bernilai €408 juta – untuk perjanjian sehingga 2027.

Jadi, dengan kehadiran Pogba ke Juventus, ianya membantu mereka untuk mengukuhkan lagi kekuatan perjanjian itu secara tidak langsung.

Beberapa minggu lalu, Paul Pogba menguatkan lagi spekulasi kepulangan beliau ke Juventus apabila dengan terang-terangan memberitahu wartawan di Jepun bahawa beliau mahukan cabaran baharu di tempat lain.

Selain daripada Juventus, pasukan Real Madrid juga dikaitkan dengan Paul Pogba. Namun Paul Pogba dilaporkan lebih berminat untuk kembali semula ke Juventus.

Beberapa hari lalu, Adidas telah memberitahu Man. United bahawa mereka mahu kelab itu mengekalkan Paul Pogba. Dan meminta kelab itu menggantikan pemain tersebut dengan pemain yang selayaknya jika Pogba dijual.

Manchester United dikatakan hanya akan melepaskan Paul Pogba dengan perpindahan berjumlah €150 juta ataupun sekitar £135 juta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN