Pogba Dan De Gea Bakal Meninggalkan Manchester United?

Baru-baru ini portal berita dari luar negara, The Times melaporkan dua bintang Manchester United, Paul Pogba dan David De Gea antara 7 pemain yang bakal meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini jika pasukan itu gagal melayakkan diri ke pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Malah, dalam satu sidang media bersama pasukan Perancis Mac lalu, Pogba memberitahu bahawa Real Madrid merupakan destinasi impian setiap pemain bola sepak di dunia termasuklah dirinya sediri sekaligus menguatkan lagi spekulasi mengenai penghijrahan pemain itu ke pasukan lain.

https://twitter.com/Realmadridplace/status/1115206249363247104

Lima yang lain yang dijangka akan angkat kaki adalah Juan Mata, Ander Herrera, Romelu Lukaku, Eric Bailly dan Alexis Sanchez.

Laporan dari Sepanyol pula, menyatakan Real Madrid bersedia mengemukakan bidaan terhadap Pogba sebaik sahaja perpindahan Eden Hazard dari Chelsea berjaya disempurnakan.

https://twitter.com/Realmadridplace/status/1114401296432414720

Pogba turut meluahkan rasa kagumnya terhadap pengurus Real Madrid yang juga merupakan legenda Perancis, Zinedine Zidane sebagai salah seorang pengurus terbaik di dunia.

Spekulasi ini menjadi semakin panas apabila Zidane mendedahkan bahawa beliau sedang dalam perancangan untuk mendapatkan Paul Pogba dari Manchester United musim hadapan.

Walaubagaimanapun, sumber dalaman ,Manchester United mendedahkan kelab itu, tidak akan melepaskan Pogba dan Dea Gea yang dianggap sebagai tonggak penting pasukan tersebut.

United perlu bertindak secepat mungkin untuk meyakinkan De Gea untuk terus bersama pasukan itu kerana kontraknya akan berakhir pada 2020.

Sebelum ini, beberapa bintang utama United pernah sertai Real Madrid antaranya, Cristiano Ronaldo, David Beckham, Michael Owen, Gabriel Heinze, Laurie Cunningham dan Ruud van Nistelrooy.

Selain itu, akhbar dari UK turut melaporkan United sedang mencari pengganti De Gea jika penjaga gol Sepanyol itu memilih untuk berhijrah ke Perancis sertai Paris Saint Germain (PSG).

United kini menduduki tangga keenam dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas dua daripada tiga perlawanan terakhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN