Pogba: “Bermain Untuk Real Madrid Adalah Impian Semua Pemain”

Bintang tengah Manchester United – Paul Pogba mengakui bahawa Real Madrid akan menjadi destinasi impian untuk ramai pemain termasuk beliau. Pogba bercakap demikian ketika sidang media perlawanan kelayakan Euro 2020.

Paul Pogba menikmati musim yang baik pada kali ini walaupun agak bergelut pada awal musim. Pertukaran pengurus daripada Jose Mourinho kepada Ole Gunnar Solskjaer juga antara perkara penting dalam kebangkitan Pogba.

Pogba sudah menjaringkan 9 gol sejak Solskjaer menjadi interim di Old Trafford dan memacu Man. United dalam persaingan untuk 4 teratas.

Sebelum kembali semula ke Man. United pada 2016, Paul Pogba pernah hampir menyertai Real Madrid. Namun beliau memilih untuk ke Man. United kerana Pogba mahu menyelesaikan perjuangan yang beliau sifatkan masih tertangguh.

Kini Pogba antara nama yang kembali dikaitkan dengan Real Madrid yang melantik semula Zinedine Zidane sebagai pengurus. Pogba menzahirkan kekaguman beliau kepada Zidane.

Pogba kemudian berkata: “Seperti yang pernah saya katakan, Real Madrid adalah impian semua pemian. Ianya salah satu kelab tebesar di dunia.”

“Dan di sana juga ada Zidane, yang menjadi jurulatih impian kepada sesiapa sahaja yang meminati bola sepak.”

“Buat masa ini, saya adalah pemain Manchester United, dan saya gembira di sini.”

Ianya satu kenyataan yang pastinya tidak begitu digemari peminat Manchester United. Pogba merupakan pemain yang dibeli Man. United dengan rekod perpindahan termahal kelab itu.

Pogba juga menyatakan beliau mahu Ole Gunnar Solskjaer terus kekal di Old Trafford – diberikan jawatan tetap.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN