Pogba Alih Botol Arak Heineken, Sehari Selepas Ronaldo Cari Pasal Bersama Penaja Coca-Cola

Paul Pogba menjadi pemain bola sepak terbaru yang menunjukkan sikap tidak baik terhadap penaja apabila bintang Perancis itu mengalihkan botol arak jenama Heineken yang diletakkan di hadapannya ketika sidang media Euro 2020.

Tindakan Pogba itu tiba sehari selepas Cristiano Ronaldo melakukan perkara yang sama mengalihkan dua botol Coca-Cola – juga dalam sidang media pasukan di kejohanan ini.

Ronaldo sememangnya seorang atlet yang dikenali ramai kerana rejim pemakanan dan diet yang ketat sehingga membolehkan beliau beraksi di tahap tertinggi seperti pada hari ini. Sambil mengalihkan botol Coca-Cola, Ronaldo turut berkata: “Minum air kosong” di hadapan wartawan yang hadir.

Penaja tidak sensitif

Semua orang tahu bahawa pemain tengah Manchester United adalah seorang Islam. Maka tidak hairanlah mengapa Pogba tidak senang mengapa minumam beralkohol diletakkan di hadapannya. Tindakan penganjur juga wajar dibidas kerana seperti tidak mempunyai sensitiviti terhadap perkara membabitkan agama dan kepercayaan atlet.

Seperti yang beliau pernah kongsikan sebelum ini, Pogba bukanlah seorang Islam sejak lahir.

https://twitter.com/ViniJohny28/status/1404945476848336896

Beberapa perkongsian di Instagram sebelum ini turut memaparkan bagaimana Pogba beribadah, menampilkan sisi berlainan pemain ini yang kebiasaannya amat dikenali dengan populariti ibarat selebriti.

Salah satunya ialah apabila Pogba berkongsi ibadah umrah yang beliau lakukan setelah membawa Manchester United meraih gelaran Liga Europa pada 2017.

Beliau kini dikatakans sedang membimbing isterinya pula ke arah Islam. Tetapi tahukah anda kisah di sebalik Pogba sendiri?

Datangnya hidayah

Walaupun ibunya adalah seorang Islam, Pogba sebenarnya bukan tertarik kepada Islam melalui ibu kandungnya itu.

Ibu Pogba dalam satu laporan oleh Independent berkata, dirinya tidak pernah meminta atau memaksa ketiga-tiga anak lelakinya memeluk agama Islam.

Sebaliknya ia adalah melalui rakan-rakannya saat Pogba mulai jatuh cinta dengan Islam.

Menurut laporan Indenpdent lagi, pada usia remaja Pogba sedang mengalami kesulitan dan sedang menanti ketenangan. Beliau mulai mengikuti rakan-rakan muslimnya dan merasakan sesuatu yang berbeza.

Paul Pogba menemukan islam justru dari teman-teman sepermainan dan bukan dari sang ibu yang sejatinya seorang muslimah.

“Itu (Islam) datang kerana saya mempunyai ramai rakan beragama Islam. Kami selalu berbicara. Saya bertanyakan banyak hal, kemudian saya mulai melakukan penelitian sendiri,” katanya.

“Saya berdoa sekali dengan rakan-rakan dan merasakan sesuatu yang berbeza. Saya merasa sangat baik. Sejak hari itu saya terus melakukannya. Solat lima waktu sehari sebagai salah satu rukun Islam,” tambahnya.

Dalam perlawanan Kumpulan F Euro 2020 pada awal pagi tadi, Pogba beraksi cemerlang untuk membantu negaranya Perancis menewaskan Jerman 1-0.

 

 

Baca artikel menarik lain mengenai Euro 2020:

Euro 2020: Kemenangan Portugal Ke Atas Hungary Diiringi Rekod Baharu Ronaldo

Perdana Menteri Gilakan Bola Sepak Realisasikan Puskas Arena Benarkan 100% Kapasiti Kehadiran

Kenali Adik Beradik Jaguh Badminton Dunia Sebelum Jadi Doktor Selamatkan Nyawa Christian Eriksen

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN