Podolski Tidak Menyertai Kelab China Kerana Meluat Dengan ‘Tangan Ghaib’

Lukas Podolski memberitahu Sport Bild sebab utama beliau menolak perpindahan ke China kerana beliau rimas dengan apa yang di sebalik tadbir bola sepak China.

Podolski sah menyertai Vissel Kobe dengan perjanjian 2 tahun. Tawaran yang beliau terima di China jauh lebih mewah berbanding dengan sedia ada. Tetapi bekas pemain antarabangsa Jerman ini mengenepikan soal duit.

Podolski menerima sekitar €10 juta semusim di Jepun. Beliau memberitahu, beberapa tawaran dari China sangat tinggi paling kurang pun adalah sekitar €15 sehingga €20 juta setahun.

Tetapi Podolski jelik dengan beberapa individu yang mengendalikan urusan perpindahan pemain di China. Beliau menganggap Liga Jepun lebih baik dalam menguruskan perpindahan pemain. Podolski berkata:

“Memang sesuatu yang ‘menggoda’ apabila anda senang-senang boleh menerima gaji €15 juta – €20 juta di China.”

“Tetapi cara mereka mengendalikan perpindahan itu dengan melibatkan 8 hingga 9 ejen. Mereka ini cuba untuk masuk campur dalam menyelesaikan urusan perpindahan. Ianya tidak ubah seperti satu jenayah dalam bola sepak.”

“Jumlah duit yang masuk ke dalam akaun anda tinggal sedikit. Ini kerana sejumlah duit anda akan dibayar secara tidak langsung kepada saluran-saluran ‘gelap’ yang terlibat.”

Photo by Buddhika Weerasinghe/Getty Images)

Ditanya apakah pandangan beliau tentang cita-cita bola sepak China yang mahu menjadikan Liga CSL sebagai yang terbaik di dunia menjelang 2050 dan potensi menjadi seperti Bundesliga? Podolski menjawab.

“Saya sukakan China. Saya ada ramai peminat di sana, tetapi dalam konteks bola sepak, mereka tidak akan mampu menjadi Bundesliga segera.”

“Cara mereka menguruskan liga sekarang tidak akan membantu mereka menjadi liga yang terbaik. Cuba anda lihat apa yang berlaku di sebalik tadbir, ianya berkaitan dengan bola sepak secara keseluruhannya.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram